Friday 7 August 2009

Hampir Buntu?

Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakbar! Segala pujian bagiNya.

Apabila kita menghadapi saat dan ketika yang amat payah untuk membuat perhitungan dan keputusan, maka kepadaNyalah tempat membuat pengaduan.

Ketika cuba mencari jalan keluar ini, harapan disandarkan kepadaNya untuk menunjukkan jalan paling mudah dan menggembirakan semua. Maha Suci Allah.

Jika sebelumnya, kita amat menginginkan sesuatu itu dan dengan izinNya, kita memperolehinya. Namun, pada masa yang sama kita diuji dengan kemampuan untuk membuat keputusan. Memilih yang terbaik diantara dua kebaikan perlu kebijaksanaan bagi memastikan bahawa apa yang dikejar boleh kita dapat dan yang kita kendong tidak berciciran. Allahuakbar! Bantulah hamba-hamba Mu ini supaya dapat kami memilih jalan yang terbaik dan berakhir dengan kesudahan yang terbaik.
Ameen.

1 comment:

Anonymous said...

Memang betul...sukarnya membuat keputusan untuk memilih mana yang mampu dilaksanakan dan mampu menjana kebaikan kepada diri dan seluruh sistem.

Hanya kepada ALLAH diserahkan segala keputusan...dan kepadaNya jua dimohon bimbingan sepanjang perjalanan kehidupan.