Saturday 25 July 2009

Tazkirah semalam

Semalam tazkirah pagi Jumaat sempena peristiwa Isra' wal Mi'raj diadakan. Penceramah jemputan bukan orang asing bagi yours truly kerana beliau juga adalah tenaga pengajar kelas malam yang diikuti. Namun, baru kali ini dilihat wajahnya dari dekat. Sungguh bersih sekali dan sesuailah dengan gelaran serta ilmu yang dimilikinya. Beliau juga merupakan imam di qariahnya.

Inti tazkirahnya ialah kewajipan menunaikan solat iaitu perintah yang diterima oleh Rasulullah saw sendiri di langit sana dan bukan seperti perintah solat yang diterima oleh Nabi Musa di bumi. ( Ada beza tu ) Peringatannya bagaimana Nabi melihat seksaan bagi orang-orang yang melengahkan solat begitu berat sekali dan jika solat itu ditinggalkan betapa pulalah azabnya.

Ingatan Ustaz pula kepada wanita, Nabi melihat begitu ramai penghuni neraka terdiri dari orang perempuan yang menerima seksaan, maka pesannya jagalah aurat dan maruah. Jadilah muslimah .

Dan seketika tadi tertonton sebentar rancangan di TV apa entah , ada ibu dan anak perempuannya terkinja menari, ada bapa dan anak lelakinya terjerit-jerit menyanyi. Aduhai, apakah yang mereka cari ? Tidakkah mereka mendapat pengajaran dari peristiwa Isra' dan Mi'raj yang baru saja kita ingati. Tidakkah mereka mengambil iktibar dari apa yang diperjelaskan oleh Pak-pak ustaz.

Kesian, sememangnya dunia yang tersangat tua ini sentiasa menipu mereka yang mahu mempercayainya, penuh perhiasan dan melalaikan. Jika ia seumpama wanita, tuanya telah disorokkan dengan botox, plastic surgery uplifting di sana dan di sini, silicon di sini dan di situ bagi mengaburi mereka yang menggilainya....

Semoga kita tidak termasuk dalam kumpulan mereka yang tertipu. Insyaallah.

No comments: