Thursday 23 July 2009

Isra' Mi'raj

Hari Isnin lalu kita sekali lagi diingatkan kembali mengenai perjalanan Rasulullah saw di suatu malam bersama Jibril as ber isra' dan seterusnya mi'raj bertemu Allah.

Sana-sini sekarang majlis 'ilmu mengingati peristiwa ini diadakan . Di samping mengingatkan kita kepada apa yang Rasulullah nampak sepanjang perjalanan itu, kita juga diingatkan mengenai perintah dan kewajipan solat dari Allah untuk umat Nabi Muhammad saw.

Oh.. bayangkan pada awalnya 50 x sehari semalam........ dan akhirnya selepas berulang-alik sebanyak 9 kali ia hanya tinggal 5 sahaja. Benarlah seperti yang di nyatakan oleh Nabi Musa kepada Nabi Muhammad saw , ' .....umat mu tidak akan mampu melakukannya .............' Sedangkan 5 kali sehari semalam pun ramai yang kantoi, bagaimana ye jika bilangan awal itu kekal ? Wallahualam.

No comments: