Saturday 31 January 2009

Bravo!


Gambar AP

Menonton 'Berita' malam tadi dan baca laporan di internet mengenai PM Turki Recep Erdogan yang bangun keluar dari sidang ekonomi Davos dengan confident sekali. Hebat PM Turki ni . Anak jantan betul. Saya menontonnya berulang kali melalui channel yang berlainan, macam tak puas pulak tengok aksinya itu. TV 9 buat laporan panjang sikit cukup ada translation lagi, tetapi TV3 dan lain-lain tidak begitu baik dan menyeluruh ulasannya ; ada apa-apa ke ?

Ada juga pemimpin Islam yang berani bertengkar dengan si Peres laknatullah tu di hadapan umum mengenai Gaza. Memang hebat dia dan bertindak tegas keluar kerana dia yakin dengan tindakannya. Pemimpin OIC yang lain di mana ye ?

Agak-agak berani ke PM kita buat macam itu jikalau berhadapan dengan situasi yang sama ?

2 comments:

Citera Alam said...

Kenapa yang lain tak mahu bertindak jantan ya ! Mereka takut sesuatu . Kalau semua pemimpin seperti dia , tak akan ada kuasa yang berani besar kepala .

orangkampung said...

Yang lain tu separa aja kot ?