Thursday 29 January 2009

Kehilangan

Tahun ini kami kehilangan seorang lagi ahli unit besar kami. Cuti Tahun Baru Cina yang baru berlalu merakam pemergian seorang kakitangan pejabat. Beliau telah ditemui lemas di Pangkor semasa bercuti bersama keluarganya di sana.

Pastinya apabila sekolah dibuka, pejabat akan kehilangan usikan dan keletahnya.Kami juga akan terasa kehilangannya kerana beliau sentiasa sedia membantu urusan kami. Dalam usia yang muda, masih belum berkeluarga dan dengarnya sedang berunding untuk membuat satu ikatan. Namun janji Allah, tiada siapa yang menduga, beliau pergi sebelum sempat menamatkan zaman bujangnya. Apapun, kami tidak begitu terkilan kerana sebelum pemergiannya beliau tahu ada insan yang menyayangi dan menerimanya seadanya. ( Dia pernah dipermainkan sebelum ini )

Takziah buat keluarganya.

Al-Fatehah buat Allahyarham Haizal, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan dihimpunkan bersama para solehin.

1 comment:

Citera Alam said...

Dia pergi bersama hajat yang tak kesampaian . Salam takziah buat keluarganya dan sidia . Alfatihah buat roh Haizal ...