Sunday 4 October 2009

Masyaallah, Allahuakbar! Peringatan bagi kita

Amatlah mengerikan dan menakutkan apabila membaca berita ini. Teringat seperti sirah dalam al quran apabila manusia engkar , mereka akan ditelan bumi dan ianya tetap berlaku di zaman moden ini. Memang tidak di duga dan tidak di sangka. Subhanallah, Allahuakbar. : Peringatan bagi kita semua.

Merenung bekas kampung yang lenyap ditelan bumi, tanpa sisa. ....... Murka Allah !

400 orang hilang ditelan bumi ketika gempa bumi di Padang

Jakarta ; Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 Sept.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.

Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.

Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.
Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, pada ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.

Sekitar 100 mangsa dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding hotel Ambacang, 50 murid masih tertimbus tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman dan 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. BERNAMA

3 comments:

IMANSHAH said...

Sedih juga..alhamdulillah negara kita terselamat dari bencana gempa. Namun, esok lusa siapa yang tahu..semoga dijauhkan semuanya dari segala bala bencana

orangkampung said...

Begitulah Kudrat dan Iradat Allah, tiada siapa yang tahu? Semoga Allah jauhkan kita dari menerima bencana sebegini.

Sharouk said...

Komen awok tentang he ni:
http://sharouk1.blogspot.com