Sunday 18 October 2009

Peringatan...

Allah sentiasa memberi peringatan di mana-mana dan pada bila-bila masa dalam apa saja yang berlaku. Jika kita mampu melihat setiap apa yang berlaku itu sebagai satu peringatan dan jalan bagi meningkatkan iman kita , amatlah baiknya.

Kelas Jumaat lalu, Pak Ustaz memberi tafsir ayat 107 hingga 110 Surah al-Baqarah. Oh, sungguh bagus sekali . Allah menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi, kita ni apa sangatlah dengan sedikit kuasa yang diberi. Kita yang paling berkuasa pun mungkin menjadi pemimpin sebuah negara. Kata pak Ustaz, ada banyak negara lain di dunia ini dan mungkin lebih besar dan hebat dari kita. Apa lah sangat, ia hanyalah sebesar zarah di sisi Allah.

Setiap individu juga berkuasa terhadap kerajaannya sendiri. Hati kita menjadi raja kepada tubuh kita. Sekalian anggota badan, kaki, tangan, mata dan lain-lain adalah rakyat. Otak pula adalah menteri. Jika hati itu baik dalam menguruskan kerajaannya maka akan baiklah kerajaan itu. Jika hati itu sakit , maka sekaliannya akan ikut sakit. Amatlah menyedihkan jika hati yang sakit ini berterusan sakit tanpa langsung usaha untuk mengubatinya. Justru, terjadilah hari ini ramai insan yang membiarkan nafsu menjadi raja kerana hati nya sakit dan gagal menguasai diri. Mereka gagal melihat kekuasaan Allah mengatasi segala.

Hati yang sihat perlukan makanan rohani agar ia mampu menerajui sekecil-kecil kerajaan ini. Apabila hati sihat ia akan mampu melihat kebesaran Allah serta segala hikmat dalam setiap kejadian. Hikmat dan Rahmah Allah itu ada di mana-mana.

No comments: