Friday 9 October 2009

Kelas

Minggu ni minggu kedua kelas kami selepas cuti puasa dan raya yang lalu. Masing-masing berkobar-kobar. Al-maklum dah lama sangat cuti dan memang terasa kosong bila tiada pengisian. Maka berlumba-lumbalah kami cuba menjawab soalan dan mengenal-pasti hukum nahu dan makna serta aplikasi.

He,he,he.... sepatutnya giliran yours truly untuk membaca, tetapi ustaz kata kita mula dari orang yang pertama balik. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang , memang yours truly tidak bersedia langsung.Apapun, kesian ustaz (yang telah mendoakan kami semua semasa umrahnya di bulan Ramadhan lalu supaya terang hati) terpaksa bertungkus lumus mengingatkan kami kepada pelajaran yang lalu..... he,he,he....macam itulah kalau orang tua belajor.

Antara yang menarik cerita ustaz mengenai nikmat al quran . Allah boleh beri dan boleh ambil bila-bila masa sahaja seperti seorang sahabat beliau yang amat pakar dalam ilmu al quran , menjadi rujukan, tetapi telah ditarik nikmatnya oleh Allah dengan sebab kepalanya terhantuk sahaja. Habis hilang sehingga lupa dan tidak ingat apapun tentang al quran. Begitulah kehendak Allah itu. Nikmat ini tidak terbatas hanya kepada al quran sahaja tetapi apa-apa sahaja nikmat yang telah Allah kuniakan. Kita hanya makhluk Allah yang kerdil.

Tadi kami belajar hukum membezakan Fa'il dan bagaimana membezakan 'oleh' dengan 'akan' dalam ayat. Alhamdulilah, jelas dan seronok hari ni walaupun tiada tafsir.

Semoga kelas-kelas seterusnya akan juga menjadi sejelas tadi. Insyaallah. Berkat doa ustaz kot.

No comments: