Friday 30 October 2009

Ujian

Ada macam-macam ujian dalam hidup manusia
dari kecil hinggalah dewasa

Semasa bersekolah ada ujian yang wajib diduduki
Ada ujian kecil, ada ujian besar
belajar tinggi lagi, lagi besar ujiannya.

Masuk alam kerja
ada ujian juga. macam-macam ada
yang dengki, yang suka, yang mengada-ngada,
yang suka tunjuk hebat,
yang malas, yang rajin
yang ikhlas, yang menunjuk-nunjuk
untuk nak hidup.
ada kaki ampu, ada kaki bodek, ada kaki melawan
ada yang tak kisah ,walaupun langit nak runtuh.
ada yang suka tikam dari belakang, dari depan,
macam-macam ada.
Eh, ujian lah tu....

Laa..., apa pasal panjang sangat pasal alam lerja ni?
sebab alam ini lah yang panjang dalam hidup manusia.
(Kalau tak mati muda)

Jadi masa di alam kerja kita kena cari kawan dan lawan
demi untuk kebaikan
kawan untuk memberi kekuatan
lawan untuk membetulkan kesilapan

Ala.. bukan lama sangat pun di alam kerja
nanti pencen juga kita,
masa tu
kena pandai cari kawan

Oh!!! ujian besar tu,
Ujian lagi!.
Bukan senang nak cari kawan masa ni
kalau kita orang biasa-biasa tak apa
kalau yang ada-ada tu
silap langkah tak berkawan
ujian lagi!.
silap haribulan tak ada kawan jenguk
masa mati.

Akhirnya di alam kubur
yang semua dah tahu
ada ujian menanti
soalan pun dah siap bocor.

Begitulah ujian
yang memang ada banyak lagi
masing-masing diri alami sendiri.

Dan sebesar-besar ujian
ialah ujian iman dan taqwa.
Itulah segalanya.

Sebelum kita akhirnya
bersendirian menjawab soalan
tanpa bantuan kawan mahupun lawan.

No comments: