Tuesday 13 April 2010

Al fatihah buat Yuwan

Takziah dan alFatihah buat seorang kawan, Puan Y yang telah dijemput pergi
mendahului kita , semalam.
Meninggalkan orang yang dikasihi,
rakan dan taulan, sanak-saudara, kerjaya
dan apa sahaja di dunia ini.
Bertemu Pencipta yang lebih Mengetahui akan segala.

Begitulah kematian pasti akan datang menjemput tepat pada waktunya,
tidak ia terlewat mahupun tercepat walau satu saat pun.

Usia yang baru saja beberapa tahun melepasi separuh abad
bukan terlalu tua bagi ilmu hisab hari ini
usia yang di kira muda lagi
dalam kehidupan generasi kini.
Ramai di usia begini
baru mahu mengenal diri
baru mahu mencari hala tuju
baru saja melepasi simpang-siur jalan berduri;
Ada yang bijak memilih; Alhamdulillah,
dan jika ada yang tersilap pilih ; wa na'uzubillah.

Kawanku, semoga roh mu tenang di sana,
bersama mereka yang diredhaiNya.

1 comment:

Werdah said...

Salam.

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun. Al-fatihah buat almarhumah.. semoga Allah ampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.. Amiin.

Takziah buat keluarga Puan Y. Kita juga insyaAllah akan menyusul..