Tuesday 30 December 2008

Salam. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430.

Baru sahaja kita menyambut Tahun Hijrah ke 1430, bermakna sudah selama itu peristiwa Hijrah Rasullulah saw berlaku. Setiap tahun dalam melengkapi sambutan Maal Hijrah kita seringkali diingatkan dengan pengorbanan Rasulullah saw meyampaikan 'Risalah' di muka bumi ini. Kita diterangkan bagaimana Baginda (secara fizikal )berhijrah dari Makkah ke Madinah ,melalui berbagai halangan,seterusnya mengenai sambutan kaum Ansar yang tidak berbelah bagi sokongan mereka. Kemudian kita diceritakan dengan peperangan-peperangan yang dilalui oleh Rasullullah dan para sahabat sehinggalah wujudnya Negara Islam Madinah . Dari sini Islam terus tersebar luas ke serata pelusuk alam, syiarnya merata. Kita bersyukur pada hari ini kerana mendapat nikmat Islam yang kita warisi dari nenek moyang kita.

Namun, hari ini nampaknya ada generasi Islam yang kelihatan asing dengan agama mereka. Di negara kita, semasa kebangkitan semula Islam di tahun 70an dan awal 80an, wanita bertudung merupakan fenomena biasa dan yang tidak bertudung pula bilangannya kurang dan mereka ini kelihatan janggal sekali. Tetapi kini, trend berubah semula; yang tidak bertudung sudah kelihatan lebih ramai dan tidak nampak ganjilpun, malah bangga dengan kepelbagaian warna rambut masing-masing.Bertudung seolah-olah hanya fesyen dan ikutan.( Berebut-rebut 'trend setter' memperkenalkan cara pakai tudung yang kadang-kadang jelas tidak mengikut syariat )Ada yang bertudung tetapi seluarnya, baju ...Masyaallah, sendat, ketat ... jarang ... di mana penghayatan sebenar? Hanya ikutan tanpa benar-benar faham ajaran sebenarnya, atau sudah memasuki zon Islam Liberal?

Sempena Hijrah ini, mari kita teladani hijrah Rasulullah saw dan bersama melebarkan dan memperkuatkan Islam di negara kita. Kita perkuatkan jamaah dan dalami Islam sepenuhnya. Semoga kita semua di beri keredhaan oleh Allah hendaknya.

2 comments:

me and i said...

that's right..tambahan lagi dgn fesyen2 muslimah yang diketengahkan amat mengelirukan.

orangkampung said...

Fesyen artists yang tah apa-apa tu yang ramai ikut, bukan sebab syariat.