Wednesday 2 February 2011

Kabornya.....

Kabornya deme udah ngantor pesawat nak mawak keluo pelajor Malaysia dari Mesir. Alhamdulillah. Walo pun lambat bertindak berbanding dengan kerajaan dunia yang lain , tindakan itu ade, terima kasih le.

Di harapkan jangan le ade pilih kasih antara budak tajaan dengan budak persendirian. Mereka semua tu rakyat Malaysia juga. Apa-apa pun dengornya deme dah ngutip nombor passport bebudak tu, untuk tujuan visa le kot. Alhamdulillah. Semoga bantuan akan cepat tiba dan proses evacuation akan berjalan lancar dan disegerakan.

Kabornya, kape laut sampe hari Jumaat, kape terobang dah mula bertolak petang ni. Semoga pelayaran dan penerbangan selamat menuju destinasi dan berjaya dalam misi mereka. Insyaallah.

Moga Allah melindungi semua yang terlibat.
Ya Allah! pelihara lah sekalian mereka dan selamatkan mereka dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Amiin.



2 comments:

IMANSHAH said...

alhamdulillah, saya dah terima dah berita dari anak murid saya..selamat semuanya

orangkampung said...

Alhamdulillah. Semuanya Insyaallah selamat.