Monday 31 January 2011

Mesir Oh! Mesir

Hari ke 7, Mesir terus gawat. Aduhai!!! Rakyatnya bangun dari suntikan kebangkitan rakyat Tunisia. Mereka berhak berbuat demikian selepas ditindas begitu lama.

Namun, 11 ribu lebih rakyat Malaysia di sana termasuk anakandaku, apa nasib mereka? Kata yang berwajib, tiada keperluan untuk membawa mereka pulang???? Hah!! Keperluan hanya apabila ramai telah jatuh terlentang?????

Harga barang naik berganda, kad telefon menggila naiknya, tiket kapalterbang jangan cerita 7 kali ganda;siapa yang mampu membayar?? Makanan, sudah ada yang terputus bekalan dengarnya. Bagaimana nasib mereka nanti. Keadaan semakin mendesak.

Tolonglah, jangan ditunggu sehingga ada kemalangan, segerakan apa yang patut. Kami yang punya waris di sana tidak mampu berbuat apa-apa di sini. Hanya doa dan harapan agar semuanya selamat dibawa pulang.

Kawanku, suami isteri kesana dalam kegawatan suasana untuk menziarah anakandanya di sana. Moga dilindungi Allah walau dimana pun mereka berada. Semoga selamat pulang. Kami sangat bimbang mengenai mereka.( Tidak dapat dihubungi, telah cuba hantar sms tetapi gagal )
Ya Allah, selamatkan mereka semua dan kembalikanlah semua mereka ke tanah air dengan selamat.



1 comment:

IMANSHAH said...

salam

Saya juga risau anak2 murid saya ramai di sana