Saturday 22 January 2011

Selamat Bersara Sahabat.


Hujung minggu ini seorang sahabat memulakan zaman persaraannya.

Selamat bersara sahabat ku.
Tentunya kau punya banyak waktu
bagi diri, bagi keluarga dan tentunya
bagi Khaliq, Sang Pencipta.

Selamat bersara sahabat.
Dikau telah pun sampai ke garisan akhir ;
sedang kami masih lagi meneruskan langkah
menguak perjalanan waktu
mengharungi segala terdaya
sehingga kami jua tiba di garisan sama.

Selamat bersara sahabat.
Sungguh kami mencemburui mu,
Dikau kini bebas,
menentu perjalanan waktu mu,
menghabisi hari-hari tanpa gusar
buku rekod yang tidak siap,
kerja yang belum bersemak,
disiplin yang perlu dikawal
dan seribu satu lagi masalah duniawi.

Oh! pastinya segala yang tercicir
di masa lalu bebas dikutip kini.
Kelas fardhu 'ain, kelas tajwid,
tafsir dan apa sahaja,
milik mu kini.
Mengumpul segala bekalan
termampu dan terdaya.

Selamat bersara sahabat,
Jaga dirimu,
kesihatanmu,
Bergantung haraplah sentiasa kepadaNya,
Doa kami
ketenangan bersama mu
kesejahteraan milik mu
kebahagiaan berterusan buat mu.
Dan dirahmati Allah sentiasa.





* Buat sahabat , Hajah Werda;
We envy you dear.
Do take care.





4 comments:

Anonymous said...

tchr can i have her contact number

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Namanya sama .. selamat bersara sahabat

orangkampung said...

Ckifford @ Josh; i'll text u the number later.K. Dalam hati ada taman sekarang ye?

orangkampung said...

Kak Werdah: Wa'alaikumussalam,
Ya, namanya sama kebetulan pula. Rasanya kongsi minat yang sama juga kot.Kelas agama dll.