Saturday, 29 January 2011

Hujung Minggu yang mendebarkan

Bermula Jumaat bila mendapat panggilan dan sms dari anakanda di Nasr City ,Kaherah hati sebenarnya menjadi tidak tenteram. Cuba mencari jalan terbaik dan merancang sesuatu.

Adoiii!! Tiba-tiba rusuhan berlaku pula, rakyat Mesir bangun menentang penindasan selam 30 tahun....... kemana rancangan?? Di luar jangkaan sungguh. Mendebarkan.

Perhubungan terputus sama sekali!!, No phone line! No internet! No texting! Aduhai!! Gabrah tentunya, sepanjang malam menunggu berita di TV, berfacebook, sahabat di Dubai melapor peristiwa yang berlaku di sana, tengok al jazeera, baca cnn, ohh........ sungguh membimbangkan sekali......

TV tempatan tidak langsung melihat peristiwa rakyat bangun memberontak seperti itu penting , atau memang sengaja mahu melihat peristiwa itu seolah-olah sejuuukkk tidak terlalu panasss , makanya ia hanya sisipan yang tidak penting dalam berita. Ramai dan banyak hati ibu-bapa di sini yang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu berita, malangnya ....... mengapa ye? Mengikut kata teman yang berada di Dubai, Tv Mesir juga menyejukkan berita itu di TV mereka.... motif?? faham-faham saja.

Alhamdulillah, sehingga lewat petang Sabtu, baru line telefon dibuka semula dan mendengar segalanya baik namun darurat yang dikenakan.... Apapun, syukur dan terima kasih, Ya Allah. Semoga segalanya akan selamat.



2 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam,

Semoga anak ummu berada dalam keadaan baik.

ummuaimi said...

Kunang-kunang: Salam, Terima kasih, setakat ini alhamdulillah ttp bimbang sampai bila mereka boleh bertahan dengan bekalan yang yang ada. Tidak boleh keluar.Semoga mereka semua dalam peliharaan Allah.