Wednesday 19 January 2011

Salam bersiaran

Salam to all.
I'm back..!!

Salam bersiaran semula selepas agak lama senyap. Hati terkinja-kinja mahu menulis tetapi, alahai..... ada sahaja yang menghalang.... macam-macam...

Mahu memulakan entri 2011 ini dengan berkongsi gambar yang sempat diambil semasa berdiam diri ( tak cantik sudutnya sebab tak pro, lagi pun cameranya.....) Selamat menjamu mata dan menikmati keindahan ciptaan Allah dan mensyukuri nikmatNya.


Koleksi bonsai, mmm... bukan yours truly punya tapi kat nursery yang ada kat Jalan Kuala Kangsar tu ..... rasa nak bawa balik semua...


Yang ini pokok buluh yang cantik dianyam, popularlah musim-musim nak raya Cina ni. " Buluh Ular ??"

Ha... ha.. yang ini 'Sassi', tiada kena mengena dengan kedai bunga. Datang menjenguk semasa cuti "exam break" Bakal chef, semoga berjaya menjadi 'chef' yang disegani...

Semula ke kedai bunga, 'African Violets" my favourite. Ada beberapa pasu sahaja. Boleh di jaga di cuaca panas begini, 'salute'. Yours truly rembat 2, sebab memang dah cari lama dah....

Yang ni pokok apa entah lah, real pokok, ranting dan bunga yang bewarna warni. cantik sekali kedai ni, terasa macam berada di musim bunga dan luruh pulak.

Barisan pokok limau yang menunggu pembeli...... mmmm musim raya Cina, bukan orang Cina sahaja yang beli, orang Melayu pun nampaknya turut sama membeli..

Ya, kita ubah sikit penglihatan. jalan-jalan sambil bekerja; ke Taiping pula.

Lokasi paling tenang kat bandar ni, taman Taseknya yang tenang dan nyaman....... Mmmm teringat zaman muda dahulu...... he,he,he...

Masih lagi di Taman Tasek Taiping . Dahan-dahan pokok yang menaungi laluan; serene sekali..

Itu taseknya. Ada pelbagai aktiviti, antaranya naik skooter air . Boleh duduk berjam-jam di sini. Tenang dan damai.
Dari posisi yang lain pula. Cantik sekali.

Tengok dahan yang berlumut itu, entah berapakah agaknya umur pokok-pokok itu ?

Semula ke kedai bunga, barisan bonsai yang, aduhai.... harganya.... suka sangat maka dibelilah yang paling murah, yang baru mula untuk dibentuk .....

Itu dia bonsai yang ribu raban harganya.

Yes, my african violet...... sangat sensitif dengan cuaca serta air, susah nak jaga sebenarnya, tetapi suka punya fasal, I'm trying my best.

Another pot, yang ini nampak sangat fragile. Oh.... masih belum memberikan nama lagi kepada mereka ni...... ( I used to name my pot plants dengan 'Bo' sempena Bo Derek, 'Graham' sempena nama lecturer yang disukai dan macam-macam lagi masa jadi student dulu..... those were the days.
Bonsai ni dihiasi dengan potongan kertas merah "ong' kot.... sempena CNY. Canteekkk.

Lagi pokok-pokok limau yang menunggu pembeli.... Rasa nak petik je buah nye...
Yours truly tidaklah pula mendapat apa-apa imbuhan dengan mempamerkan gambar-gambar dari kedai ini, tak ada nama kedai pun, kalau teringin cari le sendiri...

Dan yang ini ........... 'airborne pun airborne lah'........ ya be da beduu.....



3 comments:

Anonymous said...

yang mencuri perhatian dan pandangan hny lah "airborne"...muahahaha..kau tau aku pun tau...

orangkampung said...

Ha..ha..ha.. ambik kau!! nak sangat sangat.

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Saya tumpang menggamit nostalgia.. Taman Tasik hampir dengan sekolah saya (TMGS dan KEIV) dan anak bongsu (MRSM).. dan Perak adalah negeri kelahiranku..