Sunday 22 August 2010

Catatan 2

1. Akhirnya petugas banci datang juga. Ingat kot tak datang dah. Kunjungan di hari akhir . Mmm ....

2. Masih pusing dengan perbicaraan terpilih. Jurinya, sama namun tidak faham kenapa ada perbezaan dalam membuat keputusan. ( Ada favoritism ke hape ? )

3. Bagaimana untuk memecahkan ' kitaran ganas kemiskinan ' jika kita yang berkuasa tidak berusaha untuk membantu mereka yang di dalam kitaran itu untuk keluar. Yang punya kuasa hanya mampu berkata , "Itu kehendak syarat. Tidak boleh di terima kerana tidak menepati syarat."

Eh, syarat tu kan manusia yang buat. Takkan lah tidak ada budi bicara sedikit pun bagi membantu untuk merubah kehidupan insan ini yang mungkin boleh terkeluar dari kitaran kemiskinannnya. Dia tidak mampu memenuhi syarat lantaran kemiskinannya, rumahnya yang jauh untuk membolehkan dia mengulang-kaji dengan baik, lantas itu sebab keputusannya tidak begitu baik. Takkan itu pun tidak boleh fikir.( Eh, mak dia keluar menoreh pukul 2 pagi tau.... )

Hudud yang Allah wajibkan dalam Quran pun manusia tidak mahu terima dan tolak serta ubah-suai, kalau setakat syarat sendiri buat.....( dalam Islam apabila meletakkan sesuatu pada tempat yang salah adalah zalim) Alahai .... Lantaklah kau Labu .....

4. Dalam kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini sedih mendengar masih ada lagi yang dihimpit kemiskinan dengan pendapatan RM350 sebulan. Punya 4 anak yang masih bersekolah. Ibu tunggal pula. Adoi!! Bagaimana mereka bisa lepas keluar dari kitaran ini????? Mana Dato', Datuk seri, Tan Sri semua, mana YB, mana, mana??? yang kaya akan terus kaya, yang miskin ...........?




4 comments:

IMANSHAH said...

salam, saya tak dikunjungi lagi oleh pegawai banci hingga hari ini..selamat berpuasa kak..

penjejak maya said...

salam,

pendapatan RM 350 tu di bawah garis kemiskinan kebangsaan iaitu sebanyak RM 720 seharusnya bantuan harus diberi..

orangkampung said...

Salam.Imanshah. Selamat meneruskan fasa kedua ramadahn dan seterusnya fasa ketiga.

orangkampung said...

Penjejak maya:Memang pon.Itu pendapatan hasil menoreh getah di kebun orang tu....