Monday 15 February 2010

Maulidur Rasul

Heboh jadi isu 1 Malaya fasal tak boleh berarak untuk Maulidur Rasul kat Penang. Apa ceghita?
Pakat-pakat la baca sirah.
Ada ka zaman para sahabat, para tabi'in,
dan tabi'it tabi'in buat perarakan dulu?

Soalannya :
Adakah dengan berarak sakan sekeliling kota di mana sahaja itu kita telah menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw ?
adakah kita telah benar-benar mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh baginda?
adakah kita sememangnya mengamalkan selawat ke atas baginda pada tiap-tiap hari?

atau kita hanyalah antara ramai manusia di dunia ini yang sentiasa memakai topeng
cuba menjadi hero agama tetapi realitinya

kitalah yang menentang ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasullullah saw,( benci sama hukum al-quran )
kitalah yang membenci sunnah Baginda rasulullah saw,( benci orang pakai janggut, pakai serban, kopiah, pakai jubah dll)
kitalah yang tidak tahan telinga apabila azan, selawat, zikir dll dilaungkan.
kitalah juga yang dulu, kini dan selama-lamanya sedaya-upaya menentang sebarang usaha menegakkan ad-Deen.


Muhasabahlah, mintalah hidayah dari Allah,
janganlah
luar cakap lain, kat dalam hati cakap lain..........


1 comment:

Anonymous said...

hai sokong cina tu plak