Friday 4 February 2011

Mohon segalanya lancar dan selamat.

Hari ini genap seminggu demonstrasi besar-besaran di Mesir dan selepas Jumaat hari ini satu lagi massive gathering akan diadakan.

Kami masih lagi diselubungi kebimbangan walaupun kami tahu keadaan mereka - pelajar Malaysia semua selamat di sana. Evacuation sudah bermula, namun sebenarnya banyak kekangan yang perlu dilalui. Ada penerbangan semalam yang terpaksa ditunda. Masalah curfew. Pergerakan masa adalah terbatas. Semua nya perlu dilakukan dalam waktu yang terhad itu. Tidak termasuk masalah airport yang jam. Kebenaran mendarat dan macam-macam lagi.....Aduuhaaii!!

Hari ini pula masih samar-samar kerana semua tahu apa yang akan berlaku di Dataran Merdeka itu. Rasanya lebih ramai yang akan datang menyertai demonstrasi itu. Jika minggu lalu ia agak aman jika tidak kerana tindakan polis, minggu ini dengan adanya kumpulan pro kerajaan , pastinya keadaan berbeza. Malang sekali kumpulan pro Mubarak ini hanya dengan upah yang sedikit mereka sanggup merendahkan nilai diri untuk menyokong rejim yang majoriti rakyat menolak. ( Oh... mereka memang perlukan wang..... maka nilai diri itu tolak tepi)..... Oh.. semoga dipermudahkan... dan pergerakan dapat berjalan seperti dijadualkan....


Ya Allah! Mohon kemudahan segala yang telah diatur agar berjalan lancar dan selamat...




1 comment:

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Semoga segera berakhir.. kemelut luaran dan dalaman.. semoga cerah kembali.. harapan sinar Islam semarak semula di seluruh pelosok negeri yang fana ini.. erm..

Kepada anak-anak di perantauan didoakan agar selamat semuanya.. amiin