Saturday 13 November 2010

Catatan Sabtu

Anak-anak yang menduduki MUET akhir tahun, Selamat Berjaya mengharungi ujian buat kali kedua. Semoga keputusan lebih baik dicapai.

Awal pagi menjengah calon yang mengulangkaji sementara menunggu masuk dewan. Ha..ha hah last minutes preparation..... ucap selamat kepada mereka dan melihat mereka berkumpul.... All the best kids....

Sempat ke Ipoh, SERATA melepaskan anak-anaknya keluar hostel hari ini untuk bercuti sehingga penggal baru tahun hadapan. Trafik di Plus Highway tidak sesak dan jalan baik serta lancar. Kalau sentiasa begini bagus sekali.( Cuti official belum bermula...)

Di seberang jalan kelihatan warga Pakat sebuk bersiap sedia menyediakan segala logistik yang perlu bagi majlis malam ini, bersama Datu Dr Harun Din al hafiz. Ada majlis forum... Bahagia rasanya duduk di sini kerana dapat selalu bersam dalam majlis ilmu. Alhamdulillah.

Kat satu sekolah di bandar nun ada hari ko-kurikulum pula. Anak-anaknya berjualan. Bagus semangat mereka walaupun sudah hampir benar cuti tetapi tetap datang ke sekolah untuk aktiviti walaupun di hari Sabtu. Tidak merungut pun mereka dan nampak bersedia dan penuh enthusiastic lagi. Tidak hairanlah mengapa mereka memang selalu mendahului di hadapan dalam apa sahaja lapangan ... Syabas!! Teruskan.

Cuaca baik dan sesuai untuk pelbagai aktiviti dalam dan luar...... Moh...



2 comments:

ummu said...

salam Ummiaimi
selamat bercuti sekolah.khabarnya boarding school cuti awal sikit dari sekolah harian.

MOH KEMBARA said...

Salam Ummuaimi, mesti sonok anak2 dah balik. Selamat melayan kerenah bebudak!