Monday, 8 November 2010

Hujung minggu

Hujung-hujung minggu di penghujung tahun seperti ketika ini selalunya padat dengan majlis walimatul urus. Hujung minggu yang baru berlalu ini juga tidak terkecuali. Ha..Ha.. yours truly juga tidak terkecuali menerima undangan dari keluarga terdekat. Pasangan Malaysia dan Pakistan. Mmmm .... kombinasi yang baik dan percampuran budaya antara dua benua. Makanannya lazaatt..

Hujung minggu juga menyaksikan bagaimana wanita memilih aktiviti mereka. Di satu tempat satu kumpulan wanita menganjurkan majlis ilmu , membincangkan buku 1001 masalah wanita dan membicarakan isu-isu semasa yang relevan. Beberapa meter dari situ beberapa kumpulan wanita pula berkumpulan bersedia untuk pergi marhaban. Siap ada uniform lagi.

Hah! Satu kumpulan mencari ilmu dan satu lagi bermarhaban. Dua-dua bagus kan.. Cumanya kumpulan yang marhaban tu kekadang terover , silap haribulan tak faham pun makna yang dinyanyikan tu. Sebab kalau mereka faham taklah mereka itu selalu menjauhi majlis ilmu yang diadakan.
Apapun buatlah apa sahaja yang boleh memberi manafaat samada dunia mahupun akhirat.



4 comments:

imanshah said...

salam kak

hujung2 tahun ni juga sibuk dengan jamuan sana sini

ummuaimi said...

Salam Imanshah. Betul,betul,betul.
Our jamuan expected next week kat syuen. No way untuk merampingkan pinggang, he,he,he.

LibangLibu said...

Empunya blog,

cantik blog ini.

bahasanya bahasa buku yg mudah difahami.

ummuaimi said...

Libang LIbu. Terima kasih.