Monday 6 September 2010

Salah siapa??

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita mengucapkan selamat berjumpa lagi dengan Ramadhan. Sedih tentunya kerana belum tentu kita akan dapat berjumpa dengannya lagi tahun hadapan.

Semalam seusai tarawih dan tazkirah, sempat beroti canai bersama my other half. Mmm lama dah tak pekena roti canai ni... Jumpa beberapa kenalan yang juga baru pulang dari tarawih dan tazkirah.

Sedang enak menikmati hidangan, tiba-tiba datang satu keluarga yang agak besar juga, ada dua atau tiga unit kecil di dalamnya. Memang orang tempatan tetapi yang jelas mereka adalah perantau yang pulang untuk berhari raya. Isunya ialah....... aduhai tak larat nak tengok salah seorang dari ahli keluarga tersebut yang nyata masih muda, pakaian yang tentunya tidak menutup aurat, adoiii ala-ala baju tidur pula. Berbahasa inggeris..... , ohh!! kerana suaminya bukan Melayu, dan berseluar pendek lagi, alahai..... Kelihatan keluarga itu berbangga sekali dengan apa yang sedang berlaku dan yang mereka bawa. Agak menonjol sekali mereka di warung tersebut....

Siapakah yang bersalah jika kita gagal mendidik saudara baru Islam kita ke jalan yang betul?? Sepatutnya yang lahir secara baka di dalam Islam dapat memberikan tunjuk ajar kepada saudara barunya , tetapi sebaliknya dia pulak yang terlebih ikut..... Bagaimana dengan anak-anaknya nanti......?

Oh, teringat Kak Yasmin ( orang Singapura) yang berkahwin dengan abang Yusuf , kalau tak silap (a Kiwi), di mana akhirnya, bukan Kak Yasmin yang menarik saudara baru ini kepada cara hidup Islam tetapi sebaliknya saudara baru inilah yang berperanan menyedarkan beliau tentang cara hidup Islam dan mendalami ajarannya..... Alangkah bahagianya keluarga mereka....


3 comments:

IMANSHAH said...

Salam, doakan semoga diberikan petunjuk dan hidayah agar trbuka hatinya dan keluarganya menjalani kehidupan berdasarkan syariat Islam..selamat hari raya

Sharouk said...

Mana photo of the year ni.

orangkampung said...

SalaM, Imanshah, Selamat hari Raya, puaslah ye beraya di kampung.

Sharouk; Selamat Hari Raya. Foto of the year ada banyak, yang mana satu nak tengok ? he,he,he