Sunday 10 January 2010

Allah! Ya Allah!

Sana-sini orang cakap fasal Allah,
Yang muda, yang tua, yang bijak, yang tak berapa bijak,
yang pandai agama, yang tak pandai agama pun
nak tumpang semangkok.

Mereka cakap fasal Allah,
Mereka cakap fasal Allah hak orang Islam je,
mereka kata
Allah bukan hak orang lain,
orang lain tak boleh guna Allah,
Hanya orang Islam je yang boleh guna Allah.
demo sana-sini

Eh, kelakor gila.
Tak bagi orang lain panggil Allah.
Allah itu kan ke tuhan semesta alam,
Tuhan bagi manusia dan
segala ciptaanNya.

Baca Surah al-fatihah
paling kurang 17 kali sehari semalam
itu tak tambah yang sunat-sunat
kalau tidak lagi le banyak.
Itu dalam surah al-fatihah,
Alhamdulillahi Robbil alamin
apakah maknanya?
"Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam"
Sekalian alam tu apa kah dia?

2 comments:

kassim said...

Memang le Allah itu Tuhan sekelian alam...memang le kena baca Fatihah banyak2... tapi sedar tak kita sendiri masih belum Atau tak tau Atau tak khatam lagi surah Fatihah dalam erti kata yang sebenar2nye... Secara sepontan....,( kalo ko anggap orang lain sama daif macam engko) cuba engko namakan huruf2 yang tak ada dalam surah Fatihah tu dulu. Pastu barulah ko berpihak kepada mana2 belah yang ko anggap betul...

orangkampung said...

Terima kasih le En Kassim kerana mengganggap orang lain dhoif. Kalau nak tunggu sampai khatam baru boleh berpihak takut ramai yang sesat dan disesatkan.

Semoga tuan berada di dalam salah satu dari 3 golongan manusia di dalam surah al Fatihah itu iaitu golongan yang beriman dan beramal dan bukan di kalangan mereka yang berada di antara beramal dan maksiat atau pun golongan mereka yang sesat.

ps. Boleh lah cari tujuh huruf tu.
Semoga hidup terus celik dan tidak membutakan diri sendiri seperti Kassim Selamat.