Saturday, 23 January 2010

Kenapa Kita Menulis ye??

Seorang kawan mencurahkan perasaan di dalam blognya memberi tahu mengapa dia menulis. Dia mempunyai sebabnya tersendiri untuk menulis dan dia punya hak untuk itu. Biarkan dia dan tiada siapa pun berhak melarangnya.

Ada banyak sebab yang mendesak seseorang untuk menulis. Antaranya;

Dia menulis tentang apa yang berlaku dipersekitarannya. Apa yang dilihatnya, apa yang dirasai, apa yang difikirkan, apa yang diingininya, apa yang ingin dikongsi dan pelbagai lagi sebab yang dialami oleh individu tersebut.

Seseorang mungkin ingin berkongsi pengalaman yang dirasai dan dilaluinya , maka dia pun menulis. Kalau kita suka kita baca dan kalau kita tidak suka tidak payahlah baca. Begitu juga mungkin ada yang ingin mengasah bakatnya dalam berkarya, maka dia pun menulis untuk menajamkan kemahirannya.

Ada orang minat mengenai sesuatu bidang maka dia pun menulis mengenai bidang yang dia minat itu. Ada orang minat agama, maka dia menulis mengenai bidang itu, ada yang minat sosiologi maka itulah yang ditulisnya, ada minat politik , jadi bahan penulisannya pun condong ke arah itu. Mereka yang minat masak akan berkongsi hal masakan dan hal ehwal dapur. Ada juga yang menulis untuk suka-suka sebagai mengisi masa lapang. Ada juga yang menulis kerana dilihatnya orang lain menulis, maka dia pun mahu menulis juga tanpa ada apa-apa minat dan kecenderongan tertentu.Dia tulis tentang apa saja.

Salahkah mereka yang begini? Tentulah tidak salah. Masing-masing punya hak. Isi kandungan tulisan masing-masing pun hak masing-masing.

Adalah malang sekiranya ada pihak cuba untuk menghadkan hak seseorang untuk menulis sesuatu. Setiap individu berhak melahirkan apa yang dirasakannya dan mempraktiskan kemahirannya. Tidak semua orang mampu menulis. Jadi jika ada pihak yang cuba menyekat, mengugut dan apa sahaja ini memanglah bukan sesuatu yang sihat. Mereka mungkin perlu membuka fikiran mereka yang jumud itu.






2 comments:

Werdah said...

Salam Perkenalan,

Berbuat sesuatu seperti menulis atau apa saja mesti dengan niat, biar niat betul mudah2an ada juga manfaatnya. Saya juga suka menulis.

ummuaimi said...

Salam kenalan Pn Wedah.
Memang benar niat penting apabila kita melakukan sesuatu. Semoga semua niat yang ada membawa keredhaan Allah.