Thursday 7 January 2010

Tetiba je teringat....

Tiba-tiba je teringat kepada seorang kawan yang dah lama berpindah ke tempat lain. Oh! kawan ni memang lain daripada yang lain. Dia sangat suka membaca; bermacam buku yang dia baca. kami saling bertukar buku ketika itu. " Talu" nama keluarganya. Mmmmm ...... well read person. UK grad kawan ni.Dan ada lagi yang lain tentang kawan ni. Apapun bukan itu isunya.

Kawan ini lah yang telah meminjamkan yours truly buku ' Gulag Archipelago" by Alexander Solzhenitsyn, a Russian Nobel Prize writer. Sangat menarik cerita kehidupan dikhemah tahanan Gulag ini. Kisah Rusia di bawah rejim komunisnya yang terkenal dengan anggota KGBnya. Rusia di zaman komunis berkuasa ,kekejaman mereka dan bagaimana aktiviti semua dipantau hebat oleh secret servicenya. Macam-macam lagi. Buku inilah antara yang telah melonjakkan nama Solzhenitsyn.

Itu kisah di zaman Empayar Rusia digeruni, segalanya kena 'bug' kena ikut dan macam-macam lagi. Mass killing, tahanan politik etc. Itu dulu ye but........ jangan terkejut sekarang pun benda-benda ni masih berlaku juga cumanye dalam bentuk-bentuk yang agak berbeza. Tak payah ke Rusia pun, kat sekeliling kita pun ada, salinan dan penjenamaan semula aktiviti-aktiviti ini.

Lihatlah disekeliling kita, ada pelbagai reka-bentuk, cara, penggunaan, sistem, dan pelbagai lagi yang ada hari ini. Apakah tujuannya???? Adakah untuk suka-suka? Untuk menunjukkan kecanggihan? Untuk koleksi data? Untuk pemantauan ? Untuk kebaikan? Untuk kemudahan? Entahlah....

Yang pasti aku sudah tidah boleh bebas menyuarakan pendapatku ............






No comments: