Thursday 7 May 2009

7 Mei 2009

Dulu-dulu semua agak takut, ngeri, cemas, bimbang dan pelbagai perasaan datang menghantui apabila tarikh 13 Mei hampir menjelang. Pelabagi tanda-tanya, teka -teki bermain di kepala mereka yang pernah mengalami 13 Mei 1969. Apabila tarikh yang sama menjelang di tahun-tahun berikutnya, perasaan ini akan timbul, ianya seolah-olah fobia yang perlu dilalui .( Termasuklah yours truly ). Namun, alhamdulillah,masa telah merakamkan bahawa tiada apa yang tidak di ingini berlaku, semuanya baik-baik belaka. tetapi apapun bagi mereka yang telah melalui tanggal itu , ianya adalah mimpi ngeri yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Hari ini, 7 Mei mungkin tidak sengeri 13 Mei, tetapi nampaknya, peristiwa hitam telah berlaku juga . Ia berlaku awal seminggu dari tarikh tragis 13 Mei itu. Jika 13 mei menghantui rakyat Malaysia, maka 7 Mei menghantui rakyat Perak pula... kesian kita orang Perak. Malu pun ada....

Malas nak komen tentang apa yang berlaku hari ini, tetapi bagi kita yang waras, ianya sepatutnya bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras. Macamana ni? Semuanya dah jadi double. Waras ke mereka ni? Tidak adakah orang yang waras di situ hari ini ?Period.

1 comment:

IMANSHAH said...

salam..memang malu, dulu kita pernah dengan MP Taiwan gaduh dalam parlimen sampai baling kerusi, tapi sekarang dah ada budaya tu kat Malaysia..Moga Allah melindungi negeri Perak..