Wednesday, 28 April 2010

Bercuti

Oh, nak ambik cuti seminggu,
bukan nak rehat badan
tapi nak pergi penatkan kepala
nak tengok sana, periksa sini,
nak tulis-tulis, nak garis-garis.

Lepas seminggu
jadual makin padat
entah le...
Semoga Allah memberikan
segala kekuatan
dapat bertahan,
laksanakan amanah,
selesaikan
mengikut jangkaan.

Insyaallah jua.


Sunday, 25 April 2010

Berseronok??

Hujung minggu ini meriah sakan, sana-sini boleh nampak ramai orang berseronok dan bersuka-ria. Di Kuale le, tempat lain tak tahu le pula.

Dari muda sampai le yang dah berumur dan veteran. Waduh! Pekan Kuale yang kecik ni jadi sesak kemain. Kenapa? Untuk berseronokle. Siapakah mereka? Kaum dan bangsa ku jugak. Rata-rata orang Melayu lah yang memenuhi tempat-tempat ini.

Yang bervespa pun orang Melayu, berkereta antik pun Melayu, yang penuh di tebing sungai pun orang Melayu, yang melepak kat Dataran Putra tu Melayu, yang tak balik rumah, tidur bergelandangan pun kaum ku juga. Majoritinya mereka. Alahai......

Eh, di mana silapnya ye? Orang Melayu ni memang suka berseronok ke hape? Tengok konsert kat TV tu pun, malam-malam begini , siapakah yang penontonnya? Yang nak pergi sekolah esokpun masih ramai lagi di tapak konsert tu.

Mengapa jadi demikian ye? Siapakah yang bersalah? Budaya hedonisme ni dah semakin menjadi-jadi; tidak cukup di luar rumah, dibawa pula masuk ke dalam rumah, secara langsung pula. "Sangatlah sihat kegiatan ini ye."


Saturday, 24 April 2010

Good Luck!

All the Best and Good Luck !

to those
sitting for MUET
today.

Especially.......
my dearest 7 A3 ...

May "the force" be with you all !


Monday, 19 April 2010

Menjejak Akar


Alhamdulillah, berkesempatan menjejak dan mencari akar dari sebelah bapa yang masih lagi boleh dijumpai.

Peluang terbuka apabila menerima jemputan walimah anak kepada seorang saudara yang dulunya sangat rapat dan akrab. Namun , masa dan keperluan serta keadaan membuatkan kita saling lupa-melupai dan melihat keperluan untuk menyatu-padukan sanak-saudara tidak begitu penting.

Kami menghilir Sungai Perak hingga ke kualanya dan berjaya bertemu waris tua yang kini hanya tinggal empat orang sahaja lagi. Apapun bertemu dua sahaja pun agak memadai juga. Alhamdulillah, mereka masih sehat dan kelihatan bergaya.

Bertemu mereka yang dalam generasi yang sama, mengimbau cerita mengenai generasi terdahulu. Ruang perpisahan yang sejauh puluhan tahun menjadikan kami tidak mengenali pada mulanya. Begitulah masa telah memakan raut wajah dan yang pasti semuanya sudah mula mengalami perubahan 'alami. Ya, sesuatu yang tidak boleh dihalang, hatta kecanggihan sains sekalipun..

Besyukur kehadrat Allah kerana misi pertama untuk mengadakan pertemuan seterusnya bagi mengumpul saki-baki yang masih ada mendapat respons positif. Venuenya sudah ada, tinggal waktu dan ketentuan seterusnya.....

Ohhh... ada yang sudah hilang pendengaran, ada yang sudah tidak mampu berjalan, ada yang sudah melalui pembedahan itu dan ini dan macam-macam lagi........ Tanda-tanda ....... Begitulah apabila Allah mula menarik nikmat yang telah diberikan.... Maka jika kita masih lagi dianugerahi nikmat, hargailah dan bersyukurlah dengan menambah taqwa kita terhadapNya.






Tuesday, 13 April 2010

Al fatihah buat Yuwan

Takziah dan alFatihah buat seorang kawan, Puan Y yang telah dijemput pergi
mendahului kita , semalam.
Meninggalkan orang yang dikasihi,
rakan dan taulan, sanak-saudara, kerjaya
dan apa sahaja di dunia ini.
Bertemu Pencipta yang lebih Mengetahui akan segala.

Begitulah kematian pasti akan datang menjemput tepat pada waktunya,
tidak ia terlewat mahupun tercepat walau satu saat pun.

Usia yang baru saja beberapa tahun melepasi separuh abad
bukan terlalu tua bagi ilmu hisab hari ini
usia yang di kira muda lagi
dalam kehidupan generasi kini.
Ramai di usia begini
baru mahu mengenal diri
baru mahu mencari hala tuju
baru saja melepasi simpang-siur jalan berduri;
Ada yang bijak memilih; Alhamdulillah,
dan jika ada yang tersilap pilih ; wa na'uzubillah.

Kawanku, semoga roh mu tenang di sana,
bersama mereka yang diredhaiNya.