Monday 23 May 2011

Of Peti Ais, Sepasang Kain dan Toksid

Ha, ha, ha macam bunyi tajuk short story Che' Husna Azahari dalam literature Ting 1 je, kisah si Jamal yang nak kawin tapi tak cukup duit, akhirnya jual kasut Bally dia. Lawak cerita tu.

Kisah peti ais ni pulak macam ni. Ada seorang kawan bagi tau dia ada satu peti ais besorr, jenis lama, kira-kira dah out of date le. Spare parts pun susah nak cari. Dari segi penggunaan pula dah tak berapa nak efektif, kurang sejuk dah tu penggunaan elektrik pula tinggi. Kira-kira sudah melepasi expiry date lah tu. Dia cadang nak buang aje peti ais tu. Besornya menyemak ruang, penggunaan pulak tidak menjimatkan, tidak eco-friendly, banyak pembaziran berlaku serta tidak selamat juga.

Masalahnya, peti ais besor tu adalah hadiah yang terpaksa diterima, pemberian dari seseorang yang tidak boleh ditolak. Jadi dia dah tak tahu nak buat apa. Nak bagi pada orang, tiada siapa yang hendak (kesian pulak pada orang yang nak diberi itu, kena inaya ,jenuh dia nak bayar bil elektrik) Nak dicampak nanti , si pemberi hadiah pulak bertanya nanti, ish,ish,ish kesian dia.... nak disimpan, menyemak....susah ,susah.

Ada seorang kawan lain pula sebuk bukan main menjelajah serata kedai mencari sepasang kain untuk dipakai sempena satu majlis yang akan diadakan oleh syarikatnya. Dia usha sana, sini cari kain sesuai untuk dibuat baju sepasang. Jenuh dia berjalan dari kedai ke kedai.Akhirnya di sebuah kedai di hujung sebuah bandar dapatlah apa yang dicarinya. Warna dan corak serta materialnya menambat hati kawan ini. Puaslah hatinya sebab segalanya menepati citarasanya. Terbayang dia akan majlis itu nanti dia akan kelihatan cantik dan bergaya dengan kain pilihannya itu. Cantik dan mahal harganya.

Dipendekkan cerita semasa majlis berlangsung, kawan tadi dengan bangga telah menggayakan pakaian barunya. Dia disapa oleh isteri seorang teman sepejabat yang bertanyakan harga kain yang dipakainya itu. Kawan tadi dengan bangga memberitahu harga mahal yang dibayar untuk material tersebut. Isteri teman itu terperanjat kerana katanya dia beli kain macam itu, corak, warna dan material yang sama tidaklah semahal itu dan dihadiah kepada guru tusyen anaknya sebagai penghargaan. Kesian kawan tadi terkedip-kedip matanya, hajat hati nak .........

Yang ini pulak kisah jiran sekampung yang datang bertandang cuba menjual barangan kesihatan. Kata dia sekarang ni kita kena jaga kesihatan sebab badan kita ni banyak toksid. makanan kita banyak mengandungi toksid." Eh, bahaya", kata dia. Kita kena kenal pasti makanan bertoksid dengan yang kurang bertoksid." Kena hati-hati" Dia pun membuka bahan jualannya, sticker kaki yang boleh menyerap toksid. ' Senang aje buang toksid, bubuh aje sticker ni kat tapak kaki malam-malam sebelum tidur. Pagi esok tengok banyak toksid dah keluar kat sticker ni. Cubalah." katanya tersenyum kambing.
Mmmm..... mudahnya......membuang toksid semudah mengumpul toksid juga.....




ps. nak hantar ke utusan le, koleksi cerita pendek ni, he, he, he

5 comments:

aminah said...

..peti ais tu dah wajib kena SISIH..hehehehe

ummu said...

salam kelakar entry ni,
dan unsur sinikal secara bersahaja,
he he, hantar jangan tak hantar

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Itulah ragam kehidupan kan.. macam-macam..

orangkampung said...

terima kasih, terima kasih dengan komen tu. Memang macam-macam ragam bak kata Kak Werdah.

Ya, Ummu nak bagi nasi tambah dulu sikit dulu baru hantar, he,he,he.

Cik Aminah, kena bagi tau kawan tu sisihkan peti ais besoorr tu.

Anonymous said...

Assalamualaikum ummuaimi,

Kesimpulannya, besederhana jerlah kan dalam apa hal sekali pun.