Saturday, 23 October 2010

Fiqh Keutamaan

Selepas dua bulan , Us Kamal datang lagi menyambung pengajian buku karangan Prof. Dr Yusuf al Qardhawi; 'Fiqh al-Awlawiyyat'

Kegagalan memilih keutamaan menyebabkan ramai kita tersilap mencatur hidupnya. Ramai kita tidak tahu memilih mana yang lebih penting. Kegagalan ini bukan saja berlaku di kalangan kita orang biasa ia juga berlaku di kalangan pemimpin dan mereka yang berkuasa. Di mana sahaja. Kita tidak mampu melihat keutamaan yang sebenarnya.

Kerana itulah kita dengar dalam bajet baru ini keutamaan diberi untuk membina bangunan 100 tingkat berbanding keperluan memberikan pendidikan dan kesihatan percuma atau lain-lain prasarana kepada rakyat. 5 billion boleh menampung pelbagai kos bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Begitu juga keutamaan menunaikan haji. Seperti yang dibincangkan oleh Dr Yusuf di ms 14, berhubung pendapat Prof Huwaidi mengenai keutamaan membela dan menolong orang Islam di Bosnia-Herzegovina adalah lebih utama daripada menunaikan fardhu haji ( semasa Bosnia ditindas Serbia dahulu.) Keutamaan membela orang Islam Bosnia ini perlu di dahulukan berbanding keutamaan haji bagi mereka yang telahpun menunaikan haji. Adalah lebih afdal menggunakan wang untuk haji tersebut bagi membantu umat islam yang ditindas di Bosnia.

Di sini "Tabung Haji" kita ada 'queue' yang panjang, menunggu giliran untuk mengerjakan haji sampai berbelas tahun menunggu. Jika ada dikalangan yang mendaftar itu mendalami 'Fiqh Keutamaan' pastinya mereka yang telah berkali-kali menunaikan haji akan dengan mudah memberikan laluan kepada mereka yang baru pertama kali mahu mengerjakan haji. Tidaklah mereka ini menunggu terlalu lama.

Gagal mendalami ilmu menyebabkan juga ramai orang berpuluhan kali mengerjakan umrah, sedangkan pada masa yang sama ramai di kalangan anak muda kita memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran, ada surau dan masjid yang dhaif perlu diperbaiki, ada kemudahan awam yang tiada peruntukan dan bermacam lagi. Mereka seronok mengerjakan ibadah untuk diri sendiri sedangkan jika wang tersebut diberikan kepada pelajar yang memerlukan, surau yang rosak, memasang kipas di masjid , pahalanya berganda dan akan berterusan apabila kita mati nanti.

Oh, di mana-mana kita boleh lihat banyak pihak gagal melihat keutamaan. Wang banyak dilabur kepada benda-benda yang kurang membawa faedah kepada orang ramai. Jika ingin berbelanja bukankah lebih baik berbelanja untuk perkara-perkara yang boleh dimanafaat oleh orang ramai daripada melakukan sesuatu yang hanya segelintir sahaja yang boleh menikmatinya.


Mmmmmm..... kita perlu banyak belajar lagi.




3 comments:

zulaikha said...

good entry - my father and his 2nd wife shud read this..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Ummi, betoi benor tu. Teman lama lg nak tunaikan aji kalau ikut giliran dan tak mau buat umarah dulu. Haji wajib. InsyaAllah diperkenankannya.

ummuaimi said...

Wa'alaikumussalam.
Tabung Haji sepatutnya mendahulukan mereka yang membuat Haji Wajib dan memberi keutamaan kepada mereka ini yang sudah cukup wang. Yang buat Haji Sunat pula boleh beri laluan kepada yang buat haji wajib.