Sunday, 10 January 2010

Allah! Ya Allah!

Sana-sini orang cakap fasal Allah,
Yang muda, yang tua, yang bijak, yang tak berapa bijak,
yang pandai agama, yang tak pandai agama pun
nak tumpang semangkok.

Mereka cakap fasal Allah,
Mereka cakap fasal Allah hak orang Islam je,
mereka kata
Allah bukan hak orang lain,
orang lain tak boleh guna Allah,
Hanya orang Islam je yang boleh guna Allah.
demo sana-sini

Eh, kelakor gila.
Tak bagi orang lain panggil Allah.
Allah itu kan ke tuhan semesta alam,
Tuhan bagi manusia dan
segala ciptaanNya.

Baca Surah al-fatihah
paling kurang 17 kali sehari semalam
itu tak tambah yang sunat-sunat
kalau tidak lagi le banyak.
Itu dalam surah al-fatihah,
Alhamdulillahi Robbil alamin
apakah maknanya?
"Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam"
Sekalian alam tu apa kah dia?

Saturday, 9 January 2010

Pulau Pinang lagi......

Adik kepada Menara Kembar Petronas
yang menyambut kedatangan kita apabila masuk ke Pulau Pinang.

Oh! kalaulah mampu memiliki salah satu dari beach houses ini.
Alangkah bahagianya.
Pantai di sisi rumah ini ada banyak gerai menjual mee udang serta bermacam makanan laut.
Ini dekat Pekan Teluk Kumbar.

Proses memecah gunung dan meratakan tanah untuk pembinaan rumah
Siapakah yang akan mampu membelinya nanti?????

Projek rumah mampu milik??? kat Bukit Belah,
di antara Bayan Lepas dan Teluk Kumbar.

Kerja-kerja penambakkan laut sedang dijalankan.....
dekat dengan jalan susur keluar ke Jambatan PP
sepanjang Jelutong Expressway

Jelutong Expressway...... tapak persisiran laut pantai Jelutong
yang duhulunya adalah kawasan rumah-rumah nelayan dalam laut pantai Jelutong
telah ditambak dan dah jadi lebuhraya serta kawasan perumahan awam

Lebuhraya yang memendekkan perjalanan dari Bayan lepas ke Georgetown
dulunya adalah laut di persisiran pantai Jelutong.

Komtar dari Jalan Carnavon , dulu kat jalan ni banyak kedai buku besar-besar ...,
sekarang banyak pula kedai untuk funeral service.

Nampak retak-retak yang bertampal ? Ini di sebelah Kompleks Prangin Mall.

Prangin Mall bersebelahan Komtar, kontroversi dulu
semasa pembinaan. nampak retak-retak yang ditampal tu ...?


Thursday, 7 January 2010

Tetiba je teringat....

Tiba-tiba je teringat kepada seorang kawan yang dah lama berpindah ke tempat lain. Oh! kawan ni memang lain daripada yang lain. Dia sangat suka membaca; bermacam buku yang dia baca. kami saling bertukar buku ketika itu. " Talu" nama keluarganya. Mmmmm ...... well read person. UK grad kawan ni.Dan ada lagi yang lain tentang kawan ni. Apapun bukan itu isunya.

Kawan ini lah yang telah meminjamkan yours truly buku ' Gulag Archipelago" by Alexander Solzhenitsyn, a Russian Nobel Prize writer. Sangat menarik cerita kehidupan dikhemah tahanan Gulag ini. Kisah Rusia di bawah rejim komunisnya yang terkenal dengan anggota KGBnya. Rusia di zaman komunis berkuasa ,kekejaman mereka dan bagaimana aktiviti semua dipantau hebat oleh secret servicenya. Macam-macam lagi. Buku inilah antara yang telah melonjakkan nama Solzhenitsyn.

Itu kisah di zaman Empayar Rusia digeruni, segalanya kena 'bug' kena ikut dan macam-macam lagi. Mass killing, tahanan politik etc. Itu dulu ye but........ jangan terkejut sekarang pun benda-benda ni masih berlaku juga cumanye dalam bentuk-bentuk yang agak berbeza. Tak payah ke Rusia pun, kat sekeliling kita pun ada, salinan dan penjenamaan semula aktiviti-aktiviti ini.

Lihatlah disekeliling kita, ada pelbagai reka-bentuk, cara, penggunaan, sistem, dan pelbagai lagi yang ada hari ini. Apakah tujuannya???? Adakah untuk suka-suka? Untuk menunjukkan kecanggihan? Untuk koleksi data? Untuk pemantauan ? Untuk kebaikan? Untuk kemudahan? Entahlah....

Yang pasti aku sudah tidah boleh bebas menyuarakan pendapatku ............






Sunday, 3 January 2010

Penang Road

Yang boleh dilihat di Penang Road, aktiviti jual beli dan macam-macam ada di sini.

Pintu gerbang ke Campbell Street, banyak kedai kain dan kedai emas kat situ. Mmmmmmm

Penang Road , nampak lanca tu...... masih hidup lagi pengankutan ni di tengah kesebukan kereta yang menderu. Tu macam laluan tram je....

Nak ke Komtar le pulak

Nampak kemain sebuk lagi orang , nak cari barangan sekolah anak kot ?

Ini yang mencacatkan pemandangan,
mencari kesempatan di tengah kesebukan.........

Ini lagi , siap ketuk-ketuk kole kat jalan....

Lorong sebelah Pasar Chowrasta

Ada pasar Sabtu di lorong ni sebelah dan belakang pasar Chowrasta

Hah! sini tempat beli segala macam jeruk, kaki lima pasar Chowrasta yang terkenal tu.....



Penang 02.01.10

Oh, I always like Penang. Sebuk ke ,banyak traffic ke, namun suasananya berbeza. Sekarang traffic nya lebih teratur dengan banyak lorong sehala .

I start dengan bangunan-bangunan lama kat Georgetown yang banyak itu. Ada yang masih kekal dengan ukiran lamanya. Ada yang masih dalam proses pemuliharaan. Ada yang telah diubah-suai.

Biarkan gambar bercerita :