Wednesday 6 July 2016

Salam Aidil Fitri 1437 Hijriah





 Salam Aidil Fitri. Taqabbalallahu minna wa minkum. Minal aidin wal faizin.

Moga kita semua diberi keampunan dan mendapat rahmat dari Allah dan dibebaskan dari api neraka. Alhamdulillah kita telah berjaya melalui Madrasah Ramadhan tahun ini. Moga Allah menerima segala amal perbuatan kita.
Harapan juga semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kita. Pohon kepada MU Ya Allah, berikan kami kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan Mu yang akan datang.

Malam raya ni, suasananya dah macam orang sambut Tahun Baru. Berdentum-dentam di sana-sini. Bunyi mercun, meriam, bunga api keliling kampung. Runsing. Nih tarbiah dari siapa nih. Bakar meriam sampai bergegar rumah. Baling mercun bola tepi rumah orang. Hadoiii.. Islamik sungguh lah anak cucu kita.

Eh, ini budaya Orang Melayu katanye, tak caya dengar lagu raya Saloma. Jadi tak da beza lah 1 Syawal dengan  sambutan tahun baru. Mercun dan segala bunyi yang memekakkan telinga tu dah jatuh wajib. Kalu tidak tak sah sambutan 1 Syawal. Asimilasi  la tu kott.

Untuk semua ,maaf zahir dan batin, jika ada terkasar bahasa dan terkata. Moga kita menjadi orang yang lebih baik selepas ini.


No comments: