Sunday 23 March 2014

10 tahun pemergian Sheikh Ahmad Yassin



Pengasas HAMAS yang ditakuti Israel, 3 peluru berpandu telah menghancurkan jasadnya kecuali kepala Insan berkerusi roda  ini sekembalinya dari solat subuh di pagi 22 March 2004.

Perjuangan mu, wahai Sheikh masih diteruskan.


AL-SYAHID SYEIKH AHMAD YASSIN

Ahmad Ismail Yasin, dilahirkan pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal, selatan Genting Gaza. Melarikan diri bersama keluarganya ke Genting Gaza setelah perang Palestin (nakbah) tahun 1948.

Sejarah Awal

* Mengalami kemalangan semasa mudanya ketika bermain, menyebabkan beliau cacat seluruh anggotanya dan lumpuh sepenuhnya.

* Bekerja sebagai guru Bahasa Arab dan Tarbiyah Islamiyah, kemudian bertugas sebagai khatib (pembaca khutbah) dan pengajar di masjid-masjid Gaza. Di zaman penjajahan, dia menjadi khatib paling popular di kalangan masyarakat Genting Gaza kerana kekuatan hujjahnya dan keberaniannya dalam al haq (kebenaran).

* Menjadi ketua Majma’ Islami (Akademi Islam) di Gaza.

Penangkapan Sheikh

* Pada tahun 1983, Syaikh Ahmad Yasin ditangkap rejim Imperialis Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan tentera dan menggesa supaya menghapuskan kewujudan Negara Yahudi. Beliau dijatuhkan hukuman di hadapan Mahkamah Tentera Zionis dengan 13 tahun penjara.

* Pada tahun 1985, beliau dibebaskan dalam rangka pertukaran tawanan di antara pihak rejim Imperialis Israel dengan PFLL (Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin) – Pimpinan Umum, setelah merengkok 11 bulan di dalam penjara rejim Imperialis Israel

Mengasaskan HAMAS

* Bersama para aktivis Islam Palestin, beliau mengasaskan organisasi Harakah Perjuangan Islam (HAMAS) di Genting Gaza pada tahun 1987.

* Pada akhir bulan Ogos 1988, tentera penjajah Israel telah menyerbu rumah kediaman beliau di Gaza. Mereka menggeledah dan mengancam menolaknya di atas kerusi roda yang didudukinya melalui sempadan dan mengusirnya ke Lubnan.

* Pada malam 17 Mei 1989, rejim penjajah Israel telah menangkap Syeikh Ahmad Yasin beserta ratusan aktivis Gerakan Hamas, dalam rangka operasi menghentikan perjuangan penentangan bersenjata yang ketika itu mengambil bentuk serangan dengan menggunakan as silah al abyadh (senjata putih / penculikan), ke atas tentera-tentera Israel, penduduk Yahudi serta pembunuhan terhadap agen-agen Israel.

Penjara Seumur Hidup

* Pada 16 Oktober 1991, mahkamah tentera Imperialis Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ditambah lagi 15 tahun, setelah dikemukakan dakwaan kepada Sheikh dengan senarai yang merangkumi 9 perkara. Di antaranya menggesa (provokasi) penculikan dan pembunuhan ke atas tentera-tentera Israel, mengasaskan Gerakan Hamas serta dua sayapnya, ketenteraan dan Keselamatan.

* Di samping menderita kelumpuhan sepenuhnya, Sheikh Ahmad Yasin juga menderita beberapa penyakit lain. Di antaranya, lemah pandangan di mata kirinya dan kebutaan di mata kanannya akibat penyiksaan yang beliau alami ketika disoalsiasat, mengalami radang telinga yang kronik, alergik paru-paru, beberapa penyakit dan peradangan dalaman dan usus. Kondisi penahanan yang buruk yang dialami Syeikh Ahmad Yasin menyebabkan keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk yang menyebabkan beliau dipindahkan ke hospital beberapa kali. Kesihatan Sheikh terus menjadi semakin buruk disebabkan penahanannya dan tidak ada kemudahan penjagaan perubatan yang sesuai kepadanya.

* Pada 13 Disember 1992, sekelompok penyerang berani mati (fida?i) dari Pejuang Katibah Izzuddin al Qassam telah menculik seorang tentera Imperialis Israel. Kumpulan itu menawarkan pembebasan tentera tersebut dengan menggantikan pembebasan As-Sheikh Ahmad Yassin dan kumpulan tawanan di penjara Zionis yang sakit, tua dan tahanan Arab yang diculik tentera Zionis dari Lubnan, bagaimanapun Kerajaan Zionis menolak tawaran tersebut dan merempuh lokasi penahanan tentera tersebut yang telah menyebabkan kematiannya dan kematian ketua unit serangan sebelum syahidnya pahlawan-pahlawan kumpulan penyerang berani mati di rumah di kampung Bernabala berdekatan Al-Quds.

Pembebasannya

* Pada pagi Rabu, 1 Oktober 1997, Syeikh Ahmad Yasin dibebaskan mengikut perjanjian yang telah dicapai di antara Jordan dan rejim Israel, untuk membebaskan Sheikh dengan pembebasan dua agen Israel yang ditahan di Jordan selepas percubaan membunuh yang gagal ke atas al-Akh Khalid Misy’al, ketua Maktab Politik Hamas di Amman.

* Dari tarikh tersebut beliau mengecapi kebebasan sehinggalah bulan Disember 2001

Perintah Menetap Secara Paksa

* Pihak Berkuasa Palestin menguatkuasakan perintah menetap secara paksa ke atas Sheikh Ahmad Yassin selepas operasi serangan berani mati yang menyebabkan terbunuhnya beberapa orang Israel sebagai serang balas ke atas pembunuhan pemimpin-pemimpin intifadah dan tokoh Amal Nasional oleh Israel. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan jalan-jalan Palestin dan berkumpulnya beribu-ribu rakyat Palestin di hadapan rumahnya dan berlaku pertempuran di antara para penduduk dengan pasukan keselamatan Palestin yang mahu membuktikan kepada Israel dan Amerika Syarikat bahawa Pihak Berkuasa Palestin masih mampu untuk mengawal keadaan

Pembunuhannya

* Israel telah banyak kali cuba membunuh As-Sheikh Ahmad Yassin, yang terakhir ialah pada 6 September 2003 ketika helikopter Israel mensasarkan sebuah apartmen di Gaza tempat terdapatnya As-Sheikh yang diiringi oleh Ismail Haniah tetapi beliau terselamat dari serangan tersebut.

* Kemudian cubaan membunuh ini berulang lagi pada pagi 22 Mac 2004, dan pada kali ini Israel berjaya membunuhnya. Beliau gugur syahid di hadapan masjid berhampiran rumahnya ketika beliau keluar dari solat Subuh dan selepas jasadnya dihancurkan oleh peluru perpandu yang dilepaskan oleh helikopter yang mengekorinya dan beberapa orang pengiringnya.

(dari Blog Takdir Ilahi)

Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (1937 – 22 March 2004)[1]

(Arabic: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسينash-shaykh Aḥmad Ismāʻīl Ḥasan Yāsīn) was a founder of Hamas, an Islamist Palestinian paramilitary organization and political party.[2][3][4][5][6] Yassin also served as the spiritual leader of the organization. Hamas gained popularity in Palestinian society by establishing hospitals, education systems, libraries and other services,[7] but it has also claimed responsibility for a number of suicide attacks targeting Israeli civilians, leading to its being characterized by the European Union,[8] Israel,[9] Japan,[10] Canada,[11] and the United States[12] as a terrorist organization.[13][14]
Yassin, a quadriplegic who was nearly blind, had used a wheelchair since a sporting accident at the age of 12.[15] He was assassinated when an Israeli helicopter gunship fired a missile at him as he was being wheeled from early morning prayers.[16] His killing, in an attack that claimed the lives of both his bodyguards and nine bystanders, was widely condemned and many observers suggested that the act would negatively impact the peace process.[16] 200,000 Palestinians attended his funeral procession.[17]

(Dari WIKI.)


No comments: