Friday 8 June 2012

Masa becuti...

Ya , sudah hampir berakhir cuti yang diberikan selama dua minggu. Alhamdulillah, setakat ini masih mampu meneruskan kehidupan dengan kesihatan yang baik, dengan izinNya jua.

Macam-macam juga yang berlaku. Adat le, musim cuti sekolah adalah musim kenduri kawin. Hah , apa lagi pegi kendurile . Moga semua pasangan yang mendirikan rumah tangga mendapat keberkatan oleh Allah dan dikurniakan keluarga yang aman damai .

Kat pekan Kuale ni pon , hari tu ada karnival vespa, mak aii, banyak nye vespa dari seluruh negara katanya. Habih riuh satu pekan bunyi vespa di segenap ceruk. Yang lecehnya, ramai mereka ni menumpang tidor di masjid, masa orang solat subuh, ramai lagi yang terus  terbongkang tidur. Itu penangan panggilan vespa o vespa. ....
My question is apa ke faedahnya pada diri dan masa depan ( di akhirat le..) dengan aktiviti ini. Penganjur mesti tahu jawapannya.

Hari juga tengok orang ramai berhimpun, gerun juga nengoknya. Tapi apa-apa pun syabas le sebab tak payah bagi duit pun deme boleh pergi beramai-ramai sampai macam itu sekali.

Yang paling menarik ialah kisah si Kejora yang membuat pusingannya melintasi matahari . Awesome kan. Bukan ada peluang lagi nak dapat tengok.
 Yours truly pon dapt tengok dari image NASA je, berdiri tengah panas tengok matahari guna negatif filem pun bukan boleh nampak sebab tak da proper telescope. Mmmm jadi le.
Must get one for myself a telescope, janji pada diri.
Banyak fenomena langit yang amat menarik untuk dicerap. Trust me.


Image dari Nasa, titik hitam Venus berbanding matahari. Begitulah juga  betapa kerdilnya kita ini.
Kejora melintasi matahari,hanya satu titik hitam sahaja macam tiada signifikan kan


 Titik hitam di matahari nampak kecil dan tidak memeberi apa kesan pun pada matahari . Namun jika titik hitam itu banyak dan merata, pastinya ia mampu menutupi cahaya matahari , maka berlakulah gerhana .
Samalah juga jika hati kita ini penuh di liputi titik-titik hitam yakni dosa, maka akan gerhanalah hati kita. Dari tu marilah sama-sama kita membersihkan titik hitam yang ada di hati kita.


 

1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,
wow menakjubkan imej NASA. Subhanallah tulah kebesaranNya.

Heee teruknya deme numpang masjid tapi liat nak solat. Err takde ke gambor2 vespa tu?