Sunday, 15 April 2012

Seminar Pelajar Ting 6

Seminar...
Mereka mengambil tempat
Baru nak mula
Motivator sedang memberi ceramah

Semalam dan hari ini ada seminar anjuran Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat untuk pelajar Tingkatan 6. Yours truly dan seorang lagi rakan bawa budak-budak kami semalam.( Hari ini guru lain pula,) Pada masa yang sama juga di sebuah sekolah lain ada majlis penyampaian komputer 1 Malaysia. Ramai jugalah budak-budak ni yang terpaksa memilih untuk hadir di majlis tersebut dahulu untuk mengambil komputer dan kemudian baru hadir ke seminar. Bila mereka sampai 1 slot sudah pun hampir tamat. Hmmmm .... nak kata apa?

Bagus juga pengisiannya, budak-budak ni dapat mengenal potensi diri. Malangnya dapat dilihat pada tahap ini mereka ini masih belum begitu berani untuk menonjolkan kemampuan diri. Di manakah silapnya. Adakah sistem pelajaran yang ada sekarang? Sistem yang banyak mengongkong dari memberi kebebasan,

Maka pada umur 19 tahun kelihatan takut-takut, sedangkan ramai yang seangkatan mereka sudah bebas lepas mengendali hidup . Kenapa mereka jadi begini?

Yang nyata ramai tidak minat membaca, makanya pengetahuan am mereka memang terbatas. Jika begitu, keterbatasan pengetahuan ini tidak harus diburukkan lagi dengan undang-undang, peraturan-peraturan kolot yang membatasi perkembangan intelek mereka.



2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong, budaya Melayu yg tak galakkan anak2 bersuara dan 'lawan' ckp menyebabkan anak2 kita membesor tak berani bukak mulut.

ummuaimi said...

Salam. Betul betul, tapi sekarang ni kan dah berubah. Ada yang berani bersuara pun tapi untuk perkara yang remeh je.Selalunya tak de substance.