Wednesday 13 April 2011

Kisdar- Kolej Islam Darul Ridzuan

Kami ke KISDAR pada 5 April yang lalu. Ada wacana ilmu di situ hari itu. Sangat mengujakan.

Penceramah jemputan, seorang tokoh falak negara; Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Ketua Unit Falak Syarie', Jabatan Mufti Negeri Johor.

Tajuk wacana: Kejadian Gerhana dan Tsunami :Suatu Perbahasan Dari Sudut Ilmu Falak.

Di bawah disertakan gambar-gambar yang sempat diambil.

Di belakang sana Dewan Besar KISDAR

Perpustakaan KISDAR, di depan tu ada kolam dengan air pancut, tenang sekali. Antara bahan pameran yang terdapat diluar dewan kuliah, gerhana matahari Gambar planet-planet @ al khawakib. Gambar "Zuhailin" dengan cincinnya Antara pengunjung ...... Ustaz Hanafiah Abdul Razak, sangat 'alim dalam ilmu falak dan 'kelakor' orangnya.
Sebelum sesi bermula, duduk di tengah ialah Tuan Rektor KISDAR
Hadirin yang hadir sebelum majlis bermula, kerusi yang kosong akhirnya penuh.



Ada kaitan antara gempa bumi dan gerhana , samada bulan mahu pun matahari. Mereka saling berkait.
Apabila terlalu kerap berlaku gempa dan gerhana, 'perubahan ufuk' akan berlaku.

Kata Ustaz,bumi sedang mengalami proses perataan; gunung-ganang merata dan segala isi perut bumi sedang keluar .........gempa bumi.

Ilmuwan Islam telah lama dahulu mengkaji, antaranya Imam al-Idrisi, tokoh geografi yang wafat 850 tahun lalu.

Oh! ilmu mereka hebat sekali....menyeluruh,mengenai haiwan, tumbuhan, cakerawala, manusia. ( Ada 27 jenis awan di langit di dalam 3 lapisan antaranya ialah awan gempa yang akan muncul beberapa hari sebelum kejadian berlaku.... sebagai isyarat)

Segala petunjuk ada di dalam Al quran.




4 comments:

IMANSHAH said...

salam saya selalu ke sini dulu bawa pasukan hoki

sharouk said...

Baru je bawak pasokan Takraw sayang balik hari.

orangkampung said...

Cg.Imanshah; Kat situ ada padang astrotuf kan.

Cg.Sharouk: Bile tu? Tarikh yg same ke? Balik hari? Takkan nak duduk kat situ kot??

Anonymous said...

pengunjung bertudung purple...seperti ku kenal...tp d mana ya...