Wednesday 16 March 2011

Takziah dan Simpati

Sesungguhnya hanya takziah dan simpati sahaja yang mampu diucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam bencana tsunami di Jepun Jumaat lalu. Memang tidak ada kuasa yang mampu menentang kemaraanya. Mata hanya mampu melihat dan menyaksikan bagaimana ia datang dan menyapu serta meranapkan apa sahaja di laluannya. Amat menakutkan, mengerikan .........

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu. "Sesungguhnya apabila Dia menghendaki, hanyalah berkata,' Jadilah!', maka terjadilah ia."

Hanya ada seorang manusia yang berani mengatakan bahawa kejadian ini adalah akibat pembangunan yang tidak terancang. ( Oh. I heard it on TV, memang kebodohan melebihi tahap tenuk!!)






Dalam kemusnahan ini, rakyat Jepun masih mampu mengekalkan sikap berhemah dan tinggi nilai budi bahasaya. Tiada kecurian, pecah kedai atau mereka yang mencari peluang. Sikap bersopan santun masih kekal, mereka beratur menunggu untuk diperiksa, bersabar dan tidak melatah. Contoh yang patut diteladani.

Ketakutan berpanjangan selepas reaktor nuklear pula meletup. Kesannya, mengerikan.......

Semoga Allah memberi limpah rahmat, kasih dan sayang serta hidayah kepada mereka di sana.

ps:
Kesungguhan pekerja di loji nuklear yang mengambil risiko cuba mengatasi masalah dan mengawal kebocoran memang hebat. Meletakkan kepentingan diri di belakang demi kesejahteraan manusia lain.....
Jepun yang teknolojinya begitu tinggi pun bermasalah juga apabila berhadapan dengan nuklear;

Malaysia pula....entahlah... jika diteruskan juga dengan idea loji nuklear itu......... Tolonglah fikir, bukan untuk perut sahaja tetapi untuk kesejahteraan sejagat...


1 comment:

Panglima7 said...

Panglima setuju....Memang kebodohan tahap tenuk pompuan tu, memalukan seluruh rakyat Malaysia.