Thursday 12 November 2009

Antara kawan , rakan dan sahabat

Eh, apa bezanya kawan, rakan dan sahabat? Entahle. Ikut le tafsiran masing-masing kan.

Kawan tu sesiapa pun boleh jadi kawan. Rakan pun macam tu le juga kan.Kawan kerja, kawan untuk pergi makan-makan atau jalan-jalan. Rakan sekerja, rakan sepermainan dan apa-ape je lah.

Sahabat ni payah sikit nak di takrifkan. Gelaran Sahabat ni yang layak hanyalah bagi mereka yang berada di sekeliling Rasulullah dan bersama baginda berjuang menegakkan Islam dan mengembangkan Islam. Yang lain-lain tu takrifnya ikut suasana semasa lah kot.

Hari ini rasanya amat payah untuk mencari sahabat yang benar-benar sahabat kan. Teman seperjuangan, rakan sejawatan, setempat kerja ,sepermainan sekampung, setaman, kawan sepersekolahan, sekelas dan macam-macam lagi memang le ramai. Tapi kan, berapa ramaikah rakan dan kawan ini yang benar-benar boleh menjadi sahabat?

Oh! Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan rakan atau teman bertukar musuh atau hilang kemesraan. Perkara-perkara remeh-temeh, perkara-perkara peribadi, perkara-perkara yang berkaitan kewangan dan bermacamlah lagi boleh menyebabkan kawan atau rakan hilang. Adat manusia kan, biasalah tu.

Kadang-kadang tu yang kita sangka kawan itu pula ada pilihan lebih baik pulak untuk di jadikan kawan. Fuuh! Itulah sebabnya Ustaz kata kita ni dipanggil manusia, yang bermaksud ' lupa'. Kita selalu lupa dengan apa saja. Sudah memang manusia itu begitu fitrahnya.

To all my 'sahabat' thank you for being my sahabat. ( If you think you are my sahabat le... he,he,he...)

1 comment:

Anonymous said...

btoi 2....
artikel nie sesuai kat sy r....
hahahahaha.....