Wednesday, 28 January 2015
The Masks 2
Tiba-tiba teringat pula kepada "topeng". Yours Truly pernah menulis tentang ini dahulu dalam The Masks
Bukan mengulang cerita tetapi sesungguhnya realiti pemakaian topeng ini sangat jelas boleh dilihat di kalangan masyarakat kita. Tidak kiralah di kalangan mereka yang makan gaji ke, kerja sendiri ke, yang liberal, yang ektremis yang signifikan , tidak signifikan, kecil , besar, tua mahu pon muda.
Lihat saja di sekeliling kita, agak-agak berapa peratuskah yang tidak memakai topeng ini. Tidak lama dahulu kita ada mendengar dan membaca tentang seorang tokoh politik yang mempertikaikan pakaian seorang mp pembangkang yang tidak beragama Islam ke parlimen . Konon katanya tidak sopan. Namun realitinya isteri penegur sendiri adalah lebih teruk pakaiannya jika dibandingkan dengan mp tersebut.Dah tu mengaku Islam pula. Nampak topeng yang dipakainya?
Banyak lagi contoh boleh dilihat.Kes sepasang suami isteri yang didapati mendera anak (baca rotan) di Sweden. Ramailah yang menyokong tindakan merotan tersebut sebagai tujuan mendidik. Namun realitinya siapakah kini yang beria-ria membawa akta rotan ini untuk diluluskan. Topeng yang sekejap boleh di pakai dibuka dan dipakai mengikut kesesuaian.
Ada juga makhluk yang beria menggunakan topeng agama bagi menjayakan misi kepentingan diri sendiri. Ohhhh, ini memang sangat mengecewakan. Dia akan melaksana segalanya konon demi agama ,seperti dianjur agama dan sebagainya, tetapi realitinya, kerja buat dia , tutur bicara dia, tingkahlaku dia tidak langsung melambangkan orang yang benar-benar mempertahankan agama.Sebenarnya hanya untuk kepentingan diri sahaja. Topeng lagikan.
Sungguh hebat permainan pemakai-pemakai topeng ini. Pastinya ramai khalayak tersirna dengan fatamorgana topeng ini. Malang sungguhlah bagi yang tertipu....
Yaa.... hanya Jauharilah yang mengenal Manikam........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment