Saturday 28 February 2009

Photos This Week


Sukan Tahunan Madrasah Idrisisah di padang SMK Raja Perempuan Kelsom 28 Feruari.


Clifford School - Block A



Jagdiss, Suraya, Maimunah,Sarah, 'Afina, Hazwani dan Farhana




Membaca Surah Yaasin di Dataran Clifford di pagi Jumaat.





Pn Azizah ,Penyelaras KRK SMK Clifford bersama pelajar angkat dari SMK Anderson.Ipoh




Papan tanda terbaru , Sekolah Sukan Bolasepak Negeri Perak.



Nenas yang kami cadang nak makan tetapi telah dimakan oleh kera liar yang datang mencari makan di kawasan sekitar.


Friday 27 February 2009

Teruja dan Syukur !!

Tiada ucapan yang dapat diucapkan selain dari ' Terima kasih Pak Azizi ' kerana sudi menjenguk blog saya ini. Alhamdulillah dan syukur. Sudi nampaknya Pak Azizi Haji Abdullah menziarahi blog saya yang tidak sepertinya ini. Terima kasih juga di atas pujian itu.

Bangga sangat-sangat. Penulis tersohor seperti Pak Azizi sempat meluang masa menziarahi blog ini. Silakan Pak Azizi , kiranya ada tulisan yang berguna dan boleh dimanafaatkan . saya memang tidak ada halangan.

Terima kasih sekali lagi.

Lipat sirih ke dalam puan ,
Diberi makan kepada tetamu ,
Menjadi sulaman sambil bercerita ;
Terima kasih saya ucapkan,
Kepada Pak Azizi yang sudi bertamu ,
Bangganya saya tidak terkata.

Wednesday 25 February 2009

Haiku


No sky
no earth - but still
snowflakes fall. (Hashin)
Saya mula mengenali Haiku - puisi tradisional Jepun semasa di tahun pertama di universiti. Sangat seronok membaca sajak William Carlos William yang mempunyai ciri Haiku ' The Red Wheelbarrow" . Simple dan nampak mudah, tetapi sebenarnya kena benar-benar pandai memilih perkataan.
Minat ini berterusan dan saya suka membaca haiku hasil "Haiku Masters" seperti Issa, Buson , basho dan yang lain. Modern haiku juga menarik.

Apakah Haiku? Ringkasnya, puisi tradisional Jepun. Ia mengandungi 17 suku kata dalam 3 baris. Biasanya baris pertama 5 suku kata, kedua 7 suku kata dan ketiga 5 suku kata. ia boleh bercerita tentang apa sahaja, nature, feelings, experience dan menggunakan perkataan yang biasa.
Saya pernah mencuba tetapi hasilnya tidak begitu menjadi maka saya lebih senang membaca karya orang lain.

No one travels
Along this way but I ,
This autumn evening. ( Basho )

Won't you come and see
loneliness ? Just one leaf
from the kiri tree. ( Basho )

Sunday 22 February 2009

Goebbels



Pernah dengar nama ni ? Dia ni , Dr.Joseph Goebbels adalah menteri propaganda kepada Adolf Hitler di zaman Nazi berkuasa di Jerman. Pakar propaganda terhebat, banyak membantu Hitler dalam memperkuat Parti Nazi, berjaya mempengaruhi rakyat Jerman. Pandai berpidato, sehebat Hitler sendiri dan kejayaannya ialah telah berjaya mempengaruhi persepsi rakyat Jerman ketika itu untuk menerima propaganda Nazi.

Nak tahu prinsip-prinsip propaganda si Goebbels ini , boleh baca di sini http://psywarrior.com/Goebbels.html/.

Dia telah berjaya menggunakan tektik propagandanya untuk menaikkan Hitler pada tahun 1933. Dia telah berjaya mempastikan tidak ada sesiapa di kalangan rakyat Jerman dapat membaca, mahu pun melihat apa sahaja yang menentang atau pun memburukkan Parti Nazi. Dia juga telah mempastikan pandangan dan pendapat Nazi disebarluaskan ke atas rakyat dengan licik melalui semua jenis media di Jerman, radio, akhbar, teater, panggung wayang, apa saja dijadikan alat penyebaran propaganda Nazi. Boleh baca di sini ; sejarah propaganda nazi ni

Dalam mencapai matlamatnya dia telah bekerjasama dengan SS dan Gestapo. Polis rahsia Jerman le..

Belajar sejarah ni sebenarnya memang seronok, apatah lagi sekarang maklumat amat mudah diperolehi. Sejarah ini banyak mengajar kita tentang apa yang telah dan sedang berlaku di sekeliling kita.

Cerita tentang propaganda si Goebbels ini tentu kita boleh rasakan ianya teraaamattt...lah sangat digunakan di sekeliling kita pada hari ini. Dengar saja radio... contoh Radio Perak... akhir-akhir ni apa yang kita dengar ? Ulangan benda-benda yang sama yang dimainkan selang beberapa minit.... Turn on Tv pulak sama juga , buka channel apapun sama je..... Alamak kita tahule tektik si Goebbels ni yang sedang digunapakai. Malangnya, di kalangan pendengar kalaupun tidak 100% terpengaruh pasti ada yang akan terpengaruh seperti mana yang telah berlaku di Jerman dulu, kerana mereka telah disekat dari menerima maklumat dari saluran yang lain....ataupun memang tidak mahu mencari maklumat.?

Maklumat yang sama apabila diulang-ulang akan berjaya mempengaruhi pendengarnya. Sesungguhnya sejarah memang sering mengulangi dirinya. Namun , 'Repetition does not transform a lie into a truth.'

Thursday 19 February 2009

Nama@ Gelaran

" What's in a name? That which we call a rose
By any other name would smell as sweet "

kata Shakespeare melalui 'Juliet' dalam ' Romeo and Juliet '. A name is just an artificial and meaningless convention.

Hadith Rasulullah SAW " Diantara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan sianak apabila mereka ingin berkahwin".

Nama yang baik dan apabila sering dipanggil adalah merupakan doa buat anak itu.

Bagaimana pula dengan gelaran-gelaran yang diwujudkan bagi menunjukkan kebesaran dan kemuliaan ? Ramai di kalangan yang dianugerahkan dengan gelaran ini cukup sensitif jika kita tidak panggil mereka dengan gelaran mereka.

Ada satu cerita, kisah Mak datin yang sudah kehilangan kuasa...... ( dulu dizaman 'datuk' berkuasa bukan main hebatle )telah dipanggil dengan gelaran biasa-biasa , seperti 'kak' ataupun 'makcik' (oleh budak-budak yang nak beli kuih atau cikgu yang nak bayar harga makanan di kantin ) telah melenting dan mengingatkan pemanggil , 'bukan makcik, saya datin lah'.....he..he...he.... dunia...dunia.... Ironinya. besok masa malaikat tanya kat dalam kubur, dia tak panggilpun, 'Datin ...., siapa tuhan kamu? '

Hmmm. alahai..dunia..dunia..

Tuesday 17 February 2009

Letih!.....

It's been really tiring for me these past few days.My other half is not around . Picking the kids here, sending there...then collect them back .Then , dinner time....alamak .. nak gi kedai mana pulak? Letihlah.

Routine chores is something really demanding. Aside from daily work chores at your working place ,the one at home is quite stressful too. Worth still if you have to do it alone..... Then when you say it a day, you end up tidur macam batang kayu...letih habis...

Sunday 15 February 2009

Ketua ??

Sesebuah organisasi merupakan satu persepakatan dan usahasama di antara ketua dan pegawai bawahan .Hubungan dua hala yang baik antara ketua dan pegawai bawahan amatlah penting. Hubungan yang baik dapat mempastikan organisasi yang dipertanggungjawabkan dapat berfungsi dengan lancar dan cemerlang.

Ketua yang sering mengambil tahu kebajikan ahli organisasinya pasti mendapat tempat di hati mereka. Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada keupayaan ketua memimpin dan membentuk dasar yang boleh disepakati bersama. Dasar yang jelas, langkah yang realistik dan keupayaan ketua melihat dan menggunakan kekuatan (Strength) dan peluang (Opportunity ) di kalangan ahli organisasi tentunya dapat melonjak kecemerlangan organisasi yang dipimpin.

Jika terdapat seseorang ketua gagal melihat kelemahan yang ada di organisasinya, pastinya dia juga gagal untuk melihat kekuatan dan peluang yang ada. Jika seseorang ketua dapat mengambil pendekatan SWOT untuk dipraktikkan di organisasinya , dia pasti mampu memimpin dengan baik dan membawa organisasinya kenuju kecemerlangan.

Kelemahan ini sering wujud di banyak organisasi kerana ramai ketua mengambil sikap mudah. Ahli organisasi dilihat mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik , maka ketua merasakan dia tidak perlu lagi memainkan peranan dengan aktif. Kegagalan membaca mood ahli menyebabkan prestasi organisasi yang dipimpin menurun. Amatlah malang jika ianya dibiarkan berterusan .Tambahan pula jika organisasi tersebut sebelum ini memang jelas mempunyai prestasinya tersendiri.

Photos this week


Rumah tinggalan Allahyarham Dato. Prof. Dr. Zulkifli Muhammad ,Timb.YDP Agung PAS yang meninggal dunia bersama isterinya selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas memenangi pilihanraya 1964 Parlimen Bachok. ( 150 m dari rumah saya)


Pokok getah tertua di Malaysia berhampiran Pejabat Tanah Daerah Kuala Kangsar. Itu sahaja yang tinggal nampaknya, selepas satu daripada dahannya patah Ramadhan yang lalu.


Jalan Tun Abdul Razak hadapan Masjid Ridzwaniah dan MCKK


Blok A Sekolah Clifford dari sudut sebelah kiri padang. Bangunan di padang itu ialah hospital pertama Kuala kangsar .Dah jadi bahan warisan.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan pada waktu malam, diambil semasa menziarahi Aiman di Madrasah Idrisiah



Antara classmates kelas pengajian malam di PAKAT - Badan Khidmat Masyarakat At Toif Kota Lama Kiri.


PAKAT - pusat pengajian agama dan aktiviti kemasyarakatan Kota Lama Kiri, terdiri hasil dari sumbangan orang ramai yang melabur untuk akhirat. Ada pengajian pagi dan malam. ( Opposite my house )
Ibu ayam dan anak ayam kepunyaan jiran yang menumpang bertelur dan menetas di bawah rumah. Cute nya...

Friday 13 February 2009

Bandingkan.

Banyak yang kami pelajari hari ni dalam Kelas Bahasa Arab. Hari ini kami menterjemah ayat 50 hingga sebahagian dari ayat 54 Surah al Baqarah ( ayat ni panjang dan kami kesuntukan masa )Pak Ustaz bagaimanapun memulakan tafsiran dari ayat 49 yang kami terjemahkan minggu lepas tetapi tidak sempat diterangkan .

Tentunya ayat ini menceritakan mengenai Bani Israil serta Firaun. Bani Israil ini telah dikenakan seksaan yang amat jahat oleh Firaun ia itu mereka diarahkan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiar hidup anak perempuan. Kata Pak Ustaz, di zaman Firaun hanya anak lelaki sahaja dibunuh, tetapi hari ini Yahudi laknatullah di negara haram Israel lebih kejam dari Firaun , bukan sahaja anak lelaki, tetapi semua anak kecil lelaki dan perempuan , malah ibunya juga dibunuh.( Target : total cleansing )

Pak Ustaz juga minta kami bandingkan 2 wanita yang ceritanya ada di dalam al-Quran. Asiah isteri Firaun yang beriman dengan Allah dengan isteri Nabi Nuh. Asiah yang beriman meminta Nabi Musa ( anak angkatnya) keluar dari istana Firaun dan menyelamatkan diri dan dia tinggal bersama dengan firaun , suami nya yang tidak beriman. ( setianya kepada suami ) Manakala seorang lagi ialah isteri Nabi Nuh. Walaupun jenuh dipanggil dan diajak bersama oleh Nabi Nuh naik bahteranya semasa banjir besar, beliau lebih rela mengikuti anaknya dan kekal kufur , tidak mengikuti suaminya yang beriman (dan akhirnya tenggelam).

Kata Pak Ustaz begitulah bezanya darjat kedua wanita itu disisi Allah. Asiah berdoa kepada Allah minta didirikan pondok disyurga, Allah menyatakan sebuah mahligai telah disediakan buatnya.

Hari ini pun ramai isteri yang mengikut langkah isteri Nabi Nuh ni - mengikuti anak-anak dan suami ditinggalkan sendirian , bagaimana ye? ( Doaku supaya dapat menjejaki Asiah ...)

Nanti, nak cerita pula bagaimana saat-saat akhir nyawa Firaun sebelum tenggelam di laut Merah. Tunggu....

Wednesday 11 February 2009

Change

'Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself ' - Leo Tolstoy.

Bagaimana pula dengan saudara kita ni ?

Wajah di awal remaja.


Mula berubah menjadi

dan
Dan cuba bandingkan 'changes' that have taken place.



Kesannya :

Terpaksa pakai veil dan pakaian wanita.


Kesiannya. "The main dangers in this life are the people who want to change everything or nothing " - Nancy Astor.


As a conclusion , " Change is inevitable , except from vending machines." C.Galagher.

Tuesday 10 February 2009

Bagaimana Dalat mendapat nama.

Salah satu cerita dalam teks satera Bahasa Inggeris tingkatan satu ialah, cerita bagaimana sebuah kampung bernama Dalat di Sarawak mendapat namanya. Ceritanya menarik ada pengajaran. Kisah adik-beradik yang berebutkan kuasa selepas kematian bapanya yang tidak sempat menamakan pewaris kuasa. Namun disepakati anak yang tua mewarisi kuasa . Bagaimanapun siadik mahu merampas kuasa. Plot cerita berkembang menyusuri perkelahian adik-beradik ini sehingga 'villain' dalam cerita ini anak yang ke dua 'kowtim' dengan kampung musuh untuk menyerang kampungnya dan saudaranya sendiri.

Maka berlakulah peperangan antara saudara dan dengan musuh. Akhirnya si 'villain' mati terbunuh bersama ramai pengikutnya. Bergelimpanganlah mayat-mayat di persekitaran dan membusuk sehingga datang sekian banyak lalat menghurunginya. Oleh kerana banyaknya lalat di situ akhirnya kampung itupun dipanggil Dalat iaitu lalat dalam bahasa tempatan .

Pengajaran : Bermuafakat, hormati pendapat ramai (yang telah buat keputusan untuk pilih siapa yang jadi ketua ) , jangan melawan dan gelojoh untuk berkuasa, jangan menyalahi sistem yang ada , jangan merampas kuasa.

Selamat membaca.

Selamat Datang!!!

Semenjak dua menjak ni pekan Kuale dah jadi semakin selamat. Pusing sini jumpa polis, pusing sana jumpa polis. Masuk jalan sana ada patrol car, pusing kat sini jumpa patrol car lain pulak. kejap lagi ada pulak peronda bermotor. Ish..ish..ish ...Trak polis pun banyak juga bersidai kat tepi-tepi jalan ; sampai tiang lampu pun polis jaga.He..he... he... Begitulah hebatnya bandar ni dan orang nya .

Kesimpulannya, pekan Kuale adalah pekan yang paling selamat kerana polis ada di mana- mana. ( Silap-silap bilangan polis melebihi jumlah bilangan penduduk Kuale )Pengunjung tidak perlu gusar atau takut mengenai keselamatannya. Pasti terjamin.

Bukan sahaja polis biasa ,FRU pun ada. ( Ini lagi hebat 2,3,4 trak lagi ) Jadi jangan bimbang mengenai keselamatan anda. Mereka pastinya bersedia membantu anda bila-bila masa sahaja. Mereka akan bagitahu jalan mana boleh lalu dan jalan mana tidak boleh dilalui. Tegas, adil dan berhemah....... ( ye ke pon ? ) Marile pekene laksa kuala ( hee hee heee ).

Selamat Datang ke Kuala Kangsar.

Sunday 8 February 2009

Melayu- sambungan

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditankkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran,
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.



Sudi-sudikan menganalisis pandangan Pak Usman ini, sarat dengan mesej.

MELAYU - Dr Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Jaji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tegadai
Sawah sejulur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Saturday 7 February 2009

Exploring

I had a chance yesterday, to teach the 7 sc. how to create a blog......ha hah, being a newbie myself..However, the server was so slow , despite several attempts, we could not go further..What a pity ! They were so eager,Suraya, Jagdiss,Mainunah, Afina,Farhana, Sarah and Hazwani....We came across very creative mail addresses ,passwords and so on...

Well, I do hope you people try on your own and please tell the others about it so that we can share our thoughts.... Good luck .

Friday 6 February 2009

Salah teka

Posting saya pada 30 Januari yang lalu nampaknya kurang tepat. Saya menjangkakan pada 14 Februari nanti akan penuh sesak pekan Kuala Kangsar ini kerana sambutan Jubli Perak. Rupa-rupanya sesak yang teramat sehingga menyusahkan penduduk setempat bergerak berlaku lebih awal seminggu. Penduduk telah dinafikan perjalanan seperti biasa oleh polis , polis topi merah dan ramai lagi pasukan beruniform atas sebab apa entah ?Sesak jalan raya oleh mereka.


Eh orang nak balik rumah pun tak boleh ke? Kesian seorang kawan tu, terperangkap di tempat kerja sebab tak dapat balik kerumah sebab dihalang dari melalui jalan biasa. Sampai dekat pukul 5. Eh, apa ni? negara apa ni ? Kalau apa-apa berlaku kat rumah dia, kat ahli keluarga dia siapa nak bertangungjawab? Polis tu ke? Pukul orang boleh le. Nyesak aje.


Eh , kita bertamadun le. Bukan tak tahu apa-apa. Masalahnya, tak kan orang solat Jumaat pun kena kepung? Pelik betul. Kesian bebudak Idrisiah tu yang tak pasal-pasal kena. Mereka kan solat Jumaat kat masjid tu, lepas tu menyeberang balik ke sekolah , apa mereka pun kena juga ke. Gila. Apa ke jadahnya?

" When the going gets tough;
The tough get going,
When the going gets rough,
The tough get rough "

Salute !

Thursday 5 February 2009

Besi karat

Hina besi kerana karat, hina manusia kerana ..................

I. tiada prinsip tapi suka lompat-lompat.
II tidak menjaga amanah kepada rakyat.
III emas yang berkarat-karat
IV penting diri sendiri tidak memikirkan rakyat.
A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I dan IV
E. Kesemua di atas

Tuesday 3 February 2009

Katak


Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi;
Lompat lagi lompat,
Silap lompat hilang gaji.

Baru padan muka....

Monday 2 February 2009

PRK lagi!!! ???



Bior betoi! Kali ini di negeri teman pulak. Ekonomi tengah gawat ni. Payahle sikit nak tabor duit, tabor janji. Tapi .........ikut suka deme le...

Yang penting pengundi kena bijaksana......Ada telinga dengor , ada mata tengok, ada tangan ambik, dan yang paling penting.... ada otak guna pakai jangan simpan dalam poket.

Kalau ada PRK selamatle berkempen dan kerja kuat.......

Sunday 1 February 2009

Solat

Menurut Al-Quran sesungguhnya Solat itu amat berat kecuali bagi orang yang sabar . Dalam surah al- Baqarah ayat 45 di nyatakan, 'Dan minta pertolonganlah oleh kamu dengan sabar dan solat dan bahawasanya dia ( yakni solat)sesungguhnya besar ( Kabiro)yakni berat, melainkan atas orang-orang yang kyusu' ( al khosyi'in).

Menurut kata Pak Ustaz, Allah dahulukan sabar dalam ayat ini selepas itu baru solat kerana hanya orang-orang yang sabar dapat benar-benar mendirikan solat. Kalau orang yang kurang sabar , ketika solatnya hatinya akan membuat perjalanan kemerata tempat dan selalunya sedar semula apabila memberi salam.

Sesungguhnya kata Pak Ustaz lagi solat itu amat berat kecuali bagi mereka yang sabar dan mereka akan dapat mendirikan solat tepat pada waktunya. Mereka yang sabar akan mampu untuk bangun setiap malam dan menyerah dirinya kepada Allah.

Saya sendiri merasakan solat itu amat berat sekali. Untuk dapat melakukan solat pada masa masuk waktunya amat jarang kecuali apabila pergi berjamaah di masjid. Tambah lagi untuk bangun setiap malam. Kata Pak Ustaz buat jadual dan tick yang dibuat dan cross yang tak buat,cth. sunat qabliah,ba'diah,tahajjud dll. Yours truly rasanya banyak pangkah dari 'right'.

Katanya lagi, sebenarnya menurut ulama semasa solat itu umpama kita masuk ke alam akhirat dan kita bercakap-cakap dengan Allah. Selesai solat kita kembali ke alam dunia. Maka di sebabkan itulah sebelum solat kita selesaikan dulu hal-hal dunia seperti ke tandas, makan dan sebagainya.

Mmmm.. banyak lagi tentang solat ini . Saya ingin mengingatkan diri ini supaya sentiasa memperbaiki solat setiap hari dan menghadirkan diri di dalam solat. Semoga solat kita di terima oleh Allah. Ameen.