Monday 31 December 2012

Good Bye 2012 ; Welcome 2013

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Hari terakhir 2012 hari ini dan esok bermulalah lembaran baru 2013, InsyaAllah.

Oh, moga segalanya baik-baik belaka. Semoga Allah terus memberikan kebaikan, rahmah, hidayah yang berterusan. Juga mohon dilindungi dari segala kejahatan dan fitnah angkara manusia, jin dan syaitan.

Kurniakanlah Ya Allah kekuatan iman dan taqwa moga mampu mengharungi cabaran yang mendatang.

Sesungguhnya ujian 2012 sudah berakhir. Banyak yang telah dilalui. Ada yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia yang waras. Memang ujian diberi bagi menguji tahap kesabaran dan berbahagialah jika tabah dan sabar dengan dugaan yang diberi.

 Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui.





 

Sunday 16 December 2012

Antara bahuku dan bahunya ada syaitan!

*** Rasa terpanggil untuk kongsi artikel ini. Rasa-rasanya ramai diantara kita ada mengalami peristiwa seperti yang diceritakan oleh saudara kita ini. Saya ambil dari ruangan "Tazkirah" Tranung Kite.


Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!
Oleh: al-bahanj


Selepas saya mengangkat takbiratul-ihram, seorang pakcik berjubah dan berserban datang masuk ke dalam saf di sebelah kanan saya. Berdirinya agak renggang dengan saya, kira-kira sehasta dari bahu saya. Dalam hati, saya berharap agar beliau merapati saya. Namun saya kecewa.

Pada qiam rakaat kedua, saya mencuit halus lengannya agar beliau merapati saya. Beliau tidak mengendahkannya. Saya kecewa. Kerana saf tidak rapat dan Syaitan pula menyelit-nyelit di kawasan kosong itu. Di antara bahu saya dan bahu pakcik tersebut ada Syaitan!

Hal mengenai Syaitan ini ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksudnya:
Janganlah kamu biarkan renggang-renggang barisanmu kerana ia akan dimasuki Syaitan.”

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Dan dalam hadith yang lain, Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
Demi Dzat yang jiwaku berada di dalam genggamanNYA, sungguh aku melihat syaitan-syaitan itu masuk pada sela-sela barisan (saf solat) seperti kambing kecil yang hitam.

(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Pada rakaat ketiga iaitu rakaat terakhir (solat fardhu Maghrib), saya mencuba sekali lagi, tapi kali ini dengan sedikit kautan lembut di lengannya menarik ke arah saya agar menutup ruang yang lompang itu. Sekali lagi saya dikecewakan. Beliau tidak mengendahkannya. Terpaksalah saya biarkan sahaja kedegilan itu.

Selesai solat dan wirid yang ringkas, saya bingkas bangun untuk mengerjakan solat sunat ba`diah. Kemudiannya saya terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke destinasi yang hendak dituju di pantai timur. Sebelum berjalan ke kereta, saya sempat menoleh dari jauh ke arah pakcik tersebut yang sedang khusyuk berwirid bersama Imam. Hati saya berbisik…
• Agaknya mungkin sebab saya ni hanya berkemeja-T, berseluar slack dan tidak berkopiah, maka perbuatan saya itu tidak diiktiraf beliau yang berjubah dan berserban itu?


**** Selalu juga mengalami insiden seperti ini. Bagaimana dan apakah cara terbaik untuk menegur?




Sunday 18 November 2012

Kita bersama Gaza










Hari ke 5, serangan berterusan Israel ke atas bumi Palestin. Sangat biadap.Apa kah yang mampu kita buat dari sini? Saudara Islam kita di sana berterusan diserang dari segala arah, tindakan tidak bermaruah oleh regim zionist. Bagaimana kita di sini melihatnya? 

 Oh, semalam  dan hari juga ramai yang sangat bergembira dalam cahaya gemerlapan, lip-lap di sana sini, dedah situ, dedah sini atas nama seni ( entah ke hapa faedahnye pon?)bertepuk riang sakan menghabisi malam dengan bersuka-ria. Seketika mereka cuba membawa kesedaran tentang suasana di Gaza ( ikhlas ke pon?). Begitulah mereka hidup di dalam dunia mereka. Apa kisahkan sangat mereka di Gaza tu,yang penting kita kena popular , ye tak ? Nanti tak boleh cari makan pulak. Sungguh sangat tidak sensitif dengan kesedihan dan penderitaan mereka di sana.
 
 Saudara kita di sana diserang,ramai yang syahid pastinya. Anak-anak kecil juga dibedil ( supaya tiada kesinambungan perjuangan? ) Oh, apa kah yang mampu kita saudara seagama di sini lakukan? Terus bersuka ria bagai ( bagai artis2 itu ) macam tiada apa yang berlaku di luar sana. 

Sedih,sayu, simpati. Itulah yang termampu dikatakan. Hanya doa , Ya Allah! Berikan mereka, pejuang-pejuang Mu semangat untuk terus bangun berjuang,berikan mereka kemenangan dan hancurkan musuh Islam yang nyata itu sebagaimana telah Engkau lakukan terhadap tentera Abrahah. 

 Mari kita sama-sama boikot apa yang patut kita boikot. Say NO to McD dan banyak lagi produk lain yang menyokong zionist. Tengok bagaimana mereka mahu membeli jiwa kita dengan pemberian percuma muffin untuk sarapan esok.... adohai, kita lihat siapa yang terjual jiwanya...esok....





.

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH 

 Moga Tahun ini kita menjadi lebih baik lagi

bertambah iman, dimurahkan rezeki,

istiqamah dalam ibadah

dan sentiasa dalam peliharaan ALLAH.


Salawat dan salam bagi mu Ya Rasulullah saw.

 





Saturday 10 November 2012

10.11.12

Cantik kan tarikh ni.
Tak da apa sangat nak tulis. Saja nak rakam tarikh cantik ni.

Apa-apa pun wishing my boys and gals all.

" Good Luck and do your best for MUET today."






Monday 5 November 2012

Selamat Berjaya

Kepada anak-anak sekalian yang menduduki peperiksaan 

SPM, STPM Modular dan STPM Terminal di doakan moga

 berjaya didalam peperiksaan kalian dengan cemerlang. 

Insyaallah.


 



Saturday 27 October 2012

Selamat berkorban




Salam 'Eidul Adha

Semoga segala ibadah kurban yang dilakukan

di terima Allah 

dan kita tergolong di dalam golongan

yang diredhaiNya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Thursday 23 August 2012

Belated Salam Aidil fitri

5 Syawal 1433. A Belated Wish. 

Taqabbalallah minna waminkum.


Saturday 11 August 2012

10 malam terakhir

Masih berbaki lagi dan moga kita dipanjangkan hayat untuk terus istiqamah 

Ya Allah, Moga perkenankan doa kami.



Sudah menuju penghujung nampaknya penghulu bulan ini, bulan penuh berkat dan rahmat. Apakah mungkin kita dapat bersamanya lagi di tahun seterusnya.

Ayuh kita gunakan masa yang berbaki untuk terus mendekatkan diri dengan Allah.

Moga kita terpelihara dari terlalu mencintai dunia dan melakukan apa sahaja demi mendapatkan isinya yang hanyalah racun.






Monday 6 August 2012

Salam Ramadhan Kareem dan Nuzulul Quran




Selamat Menyambut Nuzul Al Quran. Mari kita teruskan pembacaan dan menghayati maksudnya.

Ramadhan Kareem, Bulan penuh keberkatan, Rahmat dan Keampunan. Mari kita penuhi dengan ibadah, moga Allah kurniakan kepada kita rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.










Sunday 17 June 2012

27 Rejab hari ini



Moga segala peristiwa sepanjang perjalanaan Israk dan Mukraj Rasulullah saw  pada 27 Rejab menjadi pedoman bagi kita dalm mendapatkan keredhaaan Allah 



Peristiwa besar yang perlu kita ingati sempena penerimaan ibadah solat oleh Rasulullah saw dari Tuhan Rabbul Jalil . Keistimewaan umat Muhammad saw.



Friday 8 June 2012

Masa becuti...

Ya , sudah hampir berakhir cuti yang diberikan selama dua minggu. Alhamdulillah, setakat ini masih mampu meneruskan kehidupan dengan kesihatan yang baik, dengan izinNya jua.

Macam-macam juga yang berlaku. Adat le, musim cuti sekolah adalah musim kenduri kawin. Hah , apa lagi pegi kendurile . Moga semua pasangan yang mendirikan rumah tangga mendapat keberkatan oleh Allah dan dikurniakan keluarga yang aman damai .

Kat pekan Kuale ni pon , hari tu ada karnival vespa, mak aii, banyak nye vespa dari seluruh negara katanya. Habih riuh satu pekan bunyi vespa di segenap ceruk. Yang lecehnya, ramai mereka ni menumpang tidor di masjid, masa orang solat subuh, ramai lagi yang terus  terbongkang tidur. Itu penangan panggilan vespa o vespa. ....
My question is apa ke faedahnya pada diri dan masa depan ( di akhirat le..) dengan aktiviti ini. Penganjur mesti tahu jawapannya.

Hari juga tengok orang ramai berhimpun, gerun juga nengoknya. Tapi apa-apa pun syabas le sebab tak payah bagi duit pun deme boleh pergi beramai-ramai sampai macam itu sekali.

Yang paling menarik ialah kisah si Kejora yang membuat pusingannya melintasi matahari . Awesome kan. Bukan ada peluang lagi nak dapat tengok.
 Yours truly pon dapt tengok dari image NASA je, berdiri tengah panas tengok matahari guna negatif filem pun bukan boleh nampak sebab tak da proper telescope. Mmmm jadi le.
Must get one for myself a telescope, janji pada diri.
Banyak fenomena langit yang amat menarik untuk dicerap. Trust me.


Image dari Nasa, titik hitam Venus berbanding matahari. Begitulah juga  betapa kerdilnya kita ini.
Kejora melintasi matahari,hanya satu titik hitam sahaja macam tiada signifikan kan


 Titik hitam di matahari nampak kecil dan tidak memeberi apa kesan pun pada matahari . Namun jika titik hitam itu banyak dan merata, pastinya ia mampu menutupi cahaya matahari , maka berlakulah gerhana .
Samalah juga jika hati kita ini penuh di liputi titik-titik hitam yakni dosa, maka akan gerhanalah hati kita. Dari tu marilah sama-sama kita membersihkan titik hitam yang ada di hati kita.


 

Friday 1 June 2012

Adoiiiiyaiiiii...




1 Jun 2012
Adoihaiiinyaaa ponnn........