*** Rasa terpanggil untuk kongsi artikel ini. Rasa-rasanya ramai diantara kita ada mengalami peristiwa seperti yang diceritakan oleh saudara kita ini. Saya ambil dari ruangan "Tazkirah" Tranung Kite.
Antara Bahuku dan Bahunya Ada Syaitan!
Oleh: al-bahanj
Selepas saya mengangkat takbiratul-ihram, seorang pakcik berjubah dan berserban datang masuk ke dalam saf di sebelah kanan saya. Berdirinya agak renggang dengan saya, kira-kira sehasta dari bahu saya. Dalam hati, saya berharap agar beliau merapati saya. Namun saya kecewa.
Pada qiam rakaat kedua, saya mencuit halus lengannya agar beliau merapati saya. Beliau tidak mengendahkannya. Saya kecewa. Kerana saf tidak rapat dan Syaitan pula menyelit-nyelit di kawasan kosong itu. Di antara bahu saya dan bahu pakcik tersebut ada Syaitan!
Hal mengenai Syaitan ini ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksudnya:
“Janganlah kamu biarkan renggang-renggang barisanmu kerana ia akan dimasuki Syaitan.”
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Dan dalam hadith yang lain, Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Demi Dzat yang jiwaku berada di dalam genggamanNYA, sungguh aku melihat syaitan-syaitan itu masuk pada sela-sela barisan (saf solat) seperti kambing kecil yang hitam.”
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Pada rakaat ketiga iaitu rakaat terakhir (solat fardhu Maghrib), saya mencuba sekali lagi, tapi kali ini dengan sedikit kautan lembut di lengannya menarik ke arah saya agar menutup ruang yang lompang itu. Sekali lagi saya dikecewakan. Beliau tidak mengendahkannya. Terpaksalah saya biarkan sahaja kedegilan itu.
Selesai solat dan wirid yang ringkas, saya bingkas bangun untuk mengerjakan solat sunat ba`diah. Kemudiannya saya terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan yang jauh ke destinasi yang hendak dituju di pantai timur. Sebelum berjalan ke kereta, saya sempat menoleh dari jauh ke arah pakcik tersebut yang sedang khusyuk berwirid bersama Imam. Hati saya berbisik…
• Agaknya mungkin sebab saya ni hanya berkemeja-T, berseluar slack dan tidak berkopiah, maka perbuatan saya itu tidak diiktiraf beliau yang berjubah dan berserban itu?
**** Selalu juga mengalami insiden seperti ini. Bagaimana dan apakah cara terbaik untuk menegur?
1 comment:
Salam Yong,
hmmm ada gak orang macam tu yek?
Post a Comment