Sunday 27 February 2011

Malang yang tidak berbau...

Boot yang terganggu penggunaannya, buka dan tutup


bumper yang kemek.. aduuhaiii.


Sesungguhnya malang memang tidak berbau.... Dalam perjalanan pulang dari menziarahi ahli keluarga di Pulau Pinang, tanpa di duga dan di sangka-sangka...... sebuah kereta kancil telah meluru apabila bahagian belakangnya disondol oleh sebuah Atos yang tidak ada kawalan brek lalu melanggar belakang kereta kami.

Alhamdulillah, kami semua selamat, memang hentakannya tidaklah terlalu kuat.Di hadapan ada sebuah lori yang sedang bergerak dengan perlahan. Kami sedang menaiki bukit dan kereta kami pun dalam keadan statik ketika itu . Aduhaiii.... Namun rosaknya boleh tahan juga.

Memang panas hati juga apabila si pemandu Atos bersikap kurang ajar, yang boleh memandu keretanya walaupun dalam keadaan brek yang rosak ketika kenderaan begitu banyak di jalan. Cuba berbuat dalih dan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan , tidak singgah di Balai Polis pun untuk membuat laporan. Hmmmm ... semoga mendapat pembalasan yang setimpal.Si Kancil pula memandu dengan bayi di pangkuan kalau tak silap..... Haiiiii , sedih sekali.

Sungguh Ya Allah !! Ujian apakah ini sebenarnya ??



No comments: