Ulang tayang sudahpun bermula,
drama 10 tahun lalu boleh kita tonton kembali.
Alahai,
letihlah dengan frasa-frasa yang merosak
minda budak kecil dan
orang dewasa ini.
Ingatkan dah tamat dah
'pendidikan tambahan' percuma secara awam ni.
Rupanya selepas 1 dekad
generasi baru masakini pula
mahu diberi ' pendidikan khas ' percuma ini.
Tolonglah, be decent sikit,
malulah kat anak-anak kecil
yang tak tahu apa-apa,
mereka mula sebuk bertanya
'apa itu .........?, apa makna ......?
Bila benda-benda pelik ini
mula menjadi perbendaharaan semasa,
penat lah mak bapak,
tok dan nenek
nak buka kamus.
Tolonglah hormat,
janganlah melebih-lebih
terbukanya.
Tengok tv ada, baca akhbar ada,
yang bangga bercerita,
yang rasa hebat berkongsi rasa.
Eeeee... sudah hilang malu ke?
No comments:
Post a Comment