Tuesday, 29 December 2009

Peringatan ? Ugutan ?

Apa beza peringatan dengan ugutan? Mesti lah ada beza kan. Satu adalah peringatan dan yang satu lagi adalah ugutan.

Peringatan ialah memberi ingatan, mengingatkan dan menjurus ke arah kebaikan. Manakala ugutan berupa satu ancaman bertujuan menakut-nakutkan dan pastinya mendatangkan kesan yang tidak baik walaupun dasarnya cuba nak buat yang baik......

Apakah kaedah yang digunapakai hari ini. Adakah ia peringatan atau adakah ia merupakan ugutan? Di mana-mana di sekeliling kita ke dua-dua unsur ini boleh di lihat dan dibezakan.

Along memang terkenal dengan unsur ugutannya.Memang dah banyak pun kejadian yang tidak diingini berlaku. Agensi-agensi yang membekal perkhidmatan pun ada unsur ugutan juga. Di rumah pun ada ugutan , kat tempat kerja lagi le banyak. Kalau nak tulis pun berjela-jela.

Peringatan selalunya ada kat mesjid-mesjid, kat kuliah agama, dekat kem kesedaran , kuliah-kuliah motivasi dan yang sewaktu dengannya.

Okay, manakah yang lebih baik? Peringatan atau ugutan ?

Tentunya ramai yang akan takut dengan ugutan dan tak ambil pot sangat dengan peringatan. Makanya, sebab itulah ramai yang suka guna teknik ugutan ni. Tak gitu?





No comments: