Kipas Oh Kipas!
Ada kipas kecil ada kipas besar
Ada kipas manual ada kipas auto
Ada yang macam kipas penjual sate
Ada yang macam kipas untuk raja-raja dulu
Ada yang tersangkut di siling
Ada yang di dinding,
Ada yang tinggi ,ada yang rendah
Ada yang cantik, menarik, halus dan berseni
Ada yang besar, kasar tak cantik kurang berseni.
Apa-apa pun fungsinya untuk mengipas.
Kipas pembuat sate untuk mengawal api membakar sate.
Kipas raja-raja dulu bagi menyamankan, tak panas
Kipas manual terukle kena mengipas, boleh lenguh tangan
Kipas auto, Wow! tekan suis, bergeraklah dia.
Apa-apa pun fungsinya memangle untuk mengipas.
Kipas Oh Kipas!
Teruslah menjadi kipas.
Yang penting benda yang dikipas
Kalau api makin besarlah ia,
Kalau tepung berterbanganlah dia,
Kalau debu melayang-layang le pula
Kalau yang panas dikipas
menjadi sejuk damaile rasa.
Oh Kipas,
sekarang ramai dah tak pakai kipas
takut remos rosak kurang macho le pulak
jadi....
Wow! kita pakai le air-cond.....
Sejuk, nyaman, segar dan semestinyalah
tidak panas......
Apa-apa pun,
Kipas ke, air-cond ke
Teruskanlah mengipas dan meng 'air-cond"
Dah memang fungsinya
untuk mengipas dan menyamankan.
3 comments:
salam
hmm kreatif,
dari kipas leh jadi sajak..
salam ziarah n salam kenal
Salam.
Memang itulah antara fungsinya blog ni kan, tempat mencurah kreativiti.
Terima kasih kerana sudi berziarah. Sudi-sudikan lagi.
Salam Saudara Aa
Alamat tu tak jumpa le ,dah jenuh cuba. Tolong bagi details sikit. Teringin nak menziarah.
Post a Comment