Siapakah yang tidak terkesan dengan peringatan ini?
Ramai yang dah dengar tazkirah ini Jumaat lalu kan.
( Mungkinkah ada yang tak faham ? )
Soal-jawab dan teka-teki serta tazkirah Imam al-Ghazali dengan anak-anak muridnya :
Apakah yang yang paling jauh di dunia ini ?
Al-jawab : Masa lalu, yang dah lepas. semalam, dulu.....
Apakah yang paling besar di dunia ini?
Al-jawab : Nafsu ; ia sangat besar dan sentiasa tidak dapat dipenuhi...
terutama apabila telah menguasai diri, sentiasaa tidak puas
Apakah yang paling berat di dunia ini?
Apakah yang paling berat di dunia ini?
Al-jawab : Amanah
Apakah yang paling dekat di dunia ini?
Al-jawab : Mati .... kita tidak tahu, bila , bagaimana...
Oh...ada lagi soalannya..
Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Al-jawab : Meninggalkan solat
Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Al-jawab : Lidah manusia.
Marilah sama-sama kita fikirkan
Terima kasih di atas peringatan ini.
No comments:
Post a Comment