Tahun baru 2009 nampaknya dimulakan dengan banyak juga cerita negatif di sini mahupun di luar sana.
Sehari dua ni dipenuhi dengan kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Macam-macam teori keluar dan yang paling laris ialah mereka yang maut tidak memakai tali pinggang ( kemalangan di Kelantan). Saya tertarik dengan pendapat penulis email dalam Berita TV3. Ibu segala masalah ialah sikap pemandu yang selalu overspeed. Pemandu Formula 1 -Senna yang memandu kereta yang dilengkapi alat canggih pun maut dalam kemalangan katanya.
Tapi dengar pula pendapat 'orang-orang besar' yang tidak pernah mahu memahami masalah sebenar. Katanya 'kita dah buat kajian dan hasilnya terbukti....' Masalahnya macamana nak percaya dengan kajian tu sebab tidak pernah telus; siapa yang buat kajian, berapa statistiknya, berapa ramai responden,siapa mereka , berapa lama kajian dibuat dll. Hasil kajian tidak pernah diumumkan kepada masyarakat, tidak pernah dibentangkan, tiba-tiba keluar arahan , wajib pakai sebab sudah dibuat kajian. Apa ni... kajian apa ? Sampai bila kita ni mahu dibodohkan? ( Geram ,sebab jadi satu masalah bagi kami yang anak ramai untuk bawa semua anak naik kereta yang hanya ada 2 seat belts sahaja kat belakang.)
Kemalangan yang meragut 4 nyawa dekat MMR2 tu apa cerita pulak? Laporan kata laju,sama macam yang berlaku dekat Gua Musang tu....Bagaimana nak justify ni?
2 comments:
mine still tak taruh lagi...
Mine already have but I have 4. No space ma..
Post a Comment