Friday, 11 May 2012

Pre Hari Guru 2012

Banner sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di luar Dewan Jubli
pekerja sebuk mendirikan khemah


Banner di tepi padang Clifford
Antara khemah yang ada untuk karnival


Tahun ini sambutan Hari Guru Kebangsaan diadakan di Kuala Kangsar. Di Dewan Jubli yang baru itu. Sebelum sambutan ada Karnival bermula dari 12 Mei hingga 17 Mei di padang SMK Clifford.
Malam 12 ada Konsert Ifa Raziah dll huhuhu....... kat seberang jalan ada majlis ilmu pastinya di Masjid Ridzwaniah. Alahai..... cikgu2 minat Ifa Raziah kot, minat yang gelek2 gitu.

Ahad malam ada ceramah Ustaz Kazim. Orang ramai boleh pilih le nak dengor Us Kazim or Ustaz jemputan di majlis ilmu di Maskid Ridzwaniah.... 

nanti akan updates more pics...insyaallah





Sunday, 15 April 2012

Seminar Pelajar Ting 6

Seminar...
Mereka mengambil tempat
Baru nak mula
Motivator sedang memberi ceramah

Semalam dan hari ini ada seminar anjuran Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat untuk pelajar Tingkatan 6. Yours truly dan seorang lagi rakan bawa budak-budak kami semalam.( Hari ini guru lain pula,) Pada masa yang sama juga di sebuah sekolah lain ada majlis penyampaian komputer 1 Malaysia. Ramai jugalah budak-budak ni yang terpaksa memilih untuk hadir di majlis tersebut dahulu untuk mengambil komputer dan kemudian baru hadir ke seminar. Bila mereka sampai 1 slot sudah pun hampir tamat. Hmmmm .... nak kata apa?

Bagus juga pengisiannya, budak-budak ni dapat mengenal potensi diri. Malangnya dapat dilihat pada tahap ini mereka ini masih belum begitu berani untuk menonjolkan kemampuan diri. Di manakah silapnya. Adakah sistem pelajaran yang ada sekarang? Sistem yang banyak mengongkong dari memberi kebebasan,

Maka pada umur 19 tahun kelihatan takut-takut, sedangkan ramai yang seangkatan mereka sudah bebas lepas mengendali hidup . Kenapa mereka jadi begini?

Yang nyata ramai tidak minat membaca, makanya pengetahuan am mereka memang terbatas. Jika begitu, keterbatasan pengetahuan ini tidak harus diburukkan lagi dengan undang-undang, peraturan-peraturan kolot yang membatasi perkembangan intelek mereka.



Friday, 13 April 2012

Kelas Talaqqi

Kelas Talaqqi Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al Ghazali RA dan Kitab Kifayatul Muhtadi. Kelas ni dah nak masuk bulan ketiga dah, Yours truly baru berkesempatan bersama menadah kitab selama tiga minggu. Asyik sebuk mencari dunia yang tak berhenti berlari.

Kata Pak Ustaz boleh cari dunia  tetapi berpada, jangan dikejar dunia kerana lagi kita kejar dunia lagi pantas ia berlari. Mampu kah kita mengejar, sedangkan yang pasti semakin kita mengejar ,semakin kita mendekati kematian. Dalam sebuk mengejar kita lupa bekalan kita.

Makanya apabila Pak Ustaz ( my cousin) kerap kali bertanyakan mengenai ketidakhadiran yours truly di kelas, akhirnya I made it. Menarik sekali sebab kami duduk di lantai walaupun ada kerusi meja. Antara murid yang lain termasuk my ex-boss , yang sangat rajin mendalami agama selepas bersara.

Ilmu tasawuf , Bidayatul mengajar cara kehidupan yang lengkap. Oh alangkah bagus kalau kita mampu mengikutinya, Kifayatul Muhtadi, kami baru masuk muka surat 9, sedang mengulang semula sifat 20 dan aqidah. Masih ada banyak lagiiii ........

Kitab Kifayatul Muhtadi
Penjelasan mengenai kitab di muka dalam
Kitab Pemulaan Jalan Kehidupan
Bab 10 Adab-adab tidur
Antara murid yang hadir







 

Saturday, 7 April 2012

Tujuh petanda mendapat kebahagiaan dunia

 Dari ibnu Abbas RA,

7 Petanda Kebahagiaan Dunia :

1. Qalbun Syakirun  -  Hati yang selalu bersyukur

2. Al-azwaju Solehah  -  Pasangan hidup yang soleh

3. Al-auladun abrar  -  anak yang soleh

4.  Al-biatus solehah  -  persekitaran @ lingkungan yang kondusif untuk iman kita.

5.  Al-malul halalun  -  harta yang halal.

6.  Tafakkuh fiddin  -  semangat untuk memahami agama

7.  Umur yang baraqah  -  umur yang semakin tua semakin soleh, makin tebal imannya,semakin bertaqwa kepada Allah


p/s - Di manakah kita?  Semoga kita berupaya memperoleh ketujuh-tujuh petanda tersebut. Insyaallah.









   

Sunday, 18 March 2012

ISTIDRAJ


 Dari cahayamukmin.blogspot:

“ ISTIDRAJ “

Apakah dia Istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.

Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:

1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir. 
Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)

2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan” (Ali ‘Imran: 54)

3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)

4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah:
“Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)

5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman:
“Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘Anaam: 44)
Allah berfirman:
“Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33)

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan  semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!  Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. 

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. 

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut,  Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. 

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. 

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah.  Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. 

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.


Dari cahayamukmin.blogspot.