Dari ibnu Abbas RA,
7 Petanda Kebahagiaan Dunia :
1. Qalbun Syakirun - Hati yang selalu bersyukur
2. Al-azwaju Solehah - Pasangan hidup yang soleh
3. Al-auladun abrar - anak yang soleh
4. Al-biatus solehah - persekitaran @ lingkungan yang kondusif untuk iman kita.
5. Al-malul halalun - harta yang halal.
6. Tafakkuh fiddin - semangat untuk memahami agama
7. Umur yang baraqah - umur yang semakin tua semakin soleh, makin tebal imannya,semakin bertaqwa kepada Allah
p/s - Di manakah kita? Semoga kita berupaya memperoleh ketujuh-tujuh petanda tersebut. Insyaallah.
Saturday, 7 April 2012
Sunday, 18 March 2012
ISTIDRAJ
Dari cahayamukmin.blogspot:
“ ISTIDRAJ “
Apakah dia Istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah
kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar
biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan
mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.
Al Istidraj mempunyai beberapa nama
atau istilah yang berbagai:
1. Adakalanya seseorang dikabulkan
segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada
akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir.
Hal itu seperti yang disebutkan
dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka
dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka
ketahui”. (Al-Qalam :44)
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari
tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka
Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang
membuat balasan” (Ali ‘Imran: 54)
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah,
padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka akan menipu Allah dan
orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka
tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)
4. Imla’ mempunyai arti memberi
tangguh:
Firman Allah:
“Dan janganlah orang-orang kafir itu
mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka,
tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran:
178)
5. Al Ihlak mempunyai arti
kebinasaan:
Allah berfirman:
“Sampai ketika mereka bergembira
dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara
yang mendadak” (Al-‘Anaam: 44)
Allah berfirman:
“Firaun dan bala tentaranya
menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka
mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan
bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas:
33)
Rasullulah s.a.w. bersabda
:"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada
hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu
telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad
dan Al-Baihaqi)
Tetapi bagaimana dengan ada orang
yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa
bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana
pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya
tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan
mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman,
sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di
bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu
suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka
tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa
daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka
memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid,
basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta
mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit
ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya,
kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk
menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda:
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah
terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ibad) Anai-anai,
jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di
celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia
sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila
mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila
mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak
terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya
nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,
namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas
mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi
Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya
menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena
dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya
sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang,
Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir
betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran
kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang
yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah
kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar,
istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk
mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan.
Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari,
juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari
keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan
pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri
kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat
pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Dari cahayamukmin.blogspot.
Thursday, 16 February 2012
Ikon masakini
Monday, 23 January 2012
Mental blocked.
Selamat bercuti lagi. Kali ni Tahun Baru Cina pula. Dah banyak kali bercuti dan blog ni pun ikut bercuti juga. Mmmm.... memanjang bercutinya.
Mental blocked!! Haisshh!!
Banyak yang nak dikongsi, tapi asyik tersekat je. Susah.
I used to feel free writing what I had on mind. Seronok sangat cos you can express yourself and be creative. You enjoy sharing your ideas with others.
Masalahnya datang bila ada ' spywares, malwares' yang menyesak dan menyebuk masuk langsung terus mengganggu kreativiti.
Kedatangan 'spywares and malwares' ni semua telah menyebabkan 'mental blocked' yang berterusan. Eeeee..... orang Kuale kata 'renyang'.
Ini blog aku , ikut suka aku le.....
Mental blocked!! Haisshh!!
Banyak yang nak dikongsi, tapi asyik tersekat je. Susah.
I used to feel free writing what I had on mind. Seronok sangat cos you can express yourself and be creative. You enjoy sharing your ideas with others.
Masalahnya datang bila ada ' spywares, malwares' yang menyesak dan menyebuk masuk langsung terus mengganggu kreativiti.
Kedatangan 'spywares and malwares' ni semua telah menyebabkan 'mental blocked' yang berterusan. Eeeee..... orang Kuale kata 'renyang'.
Ini blog aku , ikut suka aku le.....
Monday, 2 January 2012
Menghirup udara Tahun baru
Semalam hari pertama 2012 cuacanya lembab, hujan dan tidak ceria langsung. Bagaimana pula hari ini ye? Setakat ini , nampaknya matahari telah mula menyinar. Moga-moga ia akan kekal hingga ke petang.
Namun apakah nanti bakal berlaku ' ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'
Senario hari ini nampaknya begitulah... Lihat sahaja di mana-mana.
Namun apakah nanti bakal berlaku ' ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari'
Senario hari ini nampaknya begitulah... Lihat sahaja di mana-mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)





