Saturday, 23 January 2010

Kenapa Kita Menulis ye??

Seorang kawan mencurahkan perasaan di dalam blognya memberi tahu mengapa dia menulis. Dia mempunyai sebabnya tersendiri untuk menulis dan dia punya hak untuk itu. Biarkan dia dan tiada siapa pun berhak melarangnya.

Ada banyak sebab yang mendesak seseorang untuk menulis. Antaranya;

Dia menulis tentang apa yang berlaku dipersekitarannya. Apa yang dilihatnya, apa yang dirasai, apa yang difikirkan, apa yang diingininya, apa yang ingin dikongsi dan pelbagai lagi sebab yang dialami oleh individu tersebut.

Seseorang mungkin ingin berkongsi pengalaman yang dirasai dan dilaluinya , maka dia pun menulis. Kalau kita suka kita baca dan kalau kita tidak suka tidak payahlah baca. Begitu juga mungkin ada yang ingin mengasah bakatnya dalam berkarya, maka dia pun menulis untuk menajamkan kemahirannya.

Ada orang minat mengenai sesuatu bidang maka dia pun menulis mengenai bidang yang dia minat itu. Ada orang minat agama, maka dia menulis mengenai bidang itu, ada yang minat sosiologi maka itulah yang ditulisnya, ada minat politik , jadi bahan penulisannya pun condong ke arah itu. Mereka yang minat masak akan berkongsi hal masakan dan hal ehwal dapur. Ada juga yang menulis untuk suka-suka sebagai mengisi masa lapang. Ada juga yang menulis kerana dilihatnya orang lain menulis, maka dia pun mahu menulis juga tanpa ada apa-apa minat dan kecenderongan tertentu.Dia tulis tentang apa saja.

Salahkah mereka yang begini? Tentulah tidak salah. Masing-masing punya hak. Isi kandungan tulisan masing-masing pun hak masing-masing.

Adalah malang sekiranya ada pihak cuba untuk menghadkan hak seseorang untuk menulis sesuatu. Setiap individu berhak melahirkan apa yang dirasakannya dan mempraktiskan kemahirannya. Tidak semua orang mampu menulis. Jadi jika ada pihak yang cuba menyekat, mengugut dan apa sahaja ini memanglah bukan sesuatu yang sihat. Mereka mungkin perlu membuka fikiran mereka yang jumud itu.






Tuesday, 19 January 2010

Karenah

Karenah ada pelbagai :
Ada karenah manusia,
Ada karenah haiwan,
Ada karenah senulajadi,
Ada karenah ciptaan.

Oh! karenah kucing-kucing ku,
Aduhai, letih dan penat badan.
Ada lagi karenah yang lain,
Bukan badan saja, otak pun letih juga.

Karenah , memang tak akan habis
selagi hidup memanglah
akan bertemu dan menghadapi
karenah yang
entah apa-apa.

Saturday, 16 January 2010

Pelik

Banyak yang pelik
kalau kita perhatikan;

Kadang-kadang
ada ketika
bila kita rasa kita tidak
suka pada sesuatu perkara
kita bukan tidak ambil pusing tentang benda itu
tetapi sebaliknya, benda itulah yang
akan kita sebuk nak ambil tahu.
Kita sebuk tanya sana ,kita tanya situ.
Kita mesti nak tahu.

Pelik juga
bila kita tengok
ramai bermati-matian
menjerit dan bersorak
untuk pasukan kegemaran
tapi realitinya
pemain tu kenal ke ?
Badan letih, masa habis
mereka mungkin tak pandang pun.

Pelik kita memikirkan
ada yang berhabis wang
masa dan tenaga
memuja penyanyi, pelakon dan apa-apa je lah
sampai hilang suara, habis masa,
lupa segala
konon atas nama
peminat yang setia
sampai sanggup melanggar hukum agama
( sanggup peluk, cium walaupun bukan mahram )

Entah apa-apa.

Itulah manusia
yang ada 'aqal dan ada nafsu
kadang-kadang 'aqalnya dapat menguasai nafsu
bahagialah mereka yang begitu.
Namun
ramai juga yang nafsunya
mengawal 'aqal
Maka
sebab itulah
yang pelik boleh berlaku
dan akan terus berlaku.



Friday, 15 January 2010

Contoh!

Dari Blog Kerabu Bersuara:

Pemangku Sultan Kelantan mengimami solat hajat.



TENGKU Muhammad Faris Petra mengimamkan solat hajat mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan Kelantan yang ketika ini sedang gering dalam rawatan di Singapura di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Untuk berita lanjut bukalah blog ini.


p.s. Alhamdulillah..Ini sesuatu yang positif kan,kan,kan...... Semoga lebih ramai lagi......... akan mampu..............



Wednesday, 13 January 2010

Hipokrit

Aduh!!!
Ramainya hipokrit
Sana-sini hipokrit
Oh! aku benci hipokrit.

Memang pun
siapa yang suka dengan hipokrit?
Menyampah betul.